Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$97.3 Bilion Pada 15 Mei - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$97.3 Bilion Pada 15 Mei


KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$97.3 bilion (bersamaan dengan RM430.5 bilion) pada 15 Mei, 2017, berbanding US$96.1 bilion (bersamaan dengan RM425.2 bilion) yang dicatatkan pada 28 April, 2017.

BNM, dalam satu kenyataan hari ini berkata paras rizab itu mencukupi untuk membiayai 7.8 bulan import tertangguh dan merupakan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang (US$90.7 bilion), paras Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.1 bilion), emas (US$1.6 bilion) dan aset rizab lain (US$3.1 bilion).

Aset bank pusat termasuk emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM430.47 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM3.69 bilion), Deposit dengan Institusi Kewangan (RM3.26 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.83 billion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) dan aset-aset lain (RM7.80 bilion).

Liabilitinya termasuk modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM149.19 bilion), mata wang dalam edaran (RM99.06 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM174.17 bilion), deposit oleh kerajaan persekutuan (RM10.23 bilion), deposit-deposit lain (RM581.86 juta), kertas Bank Negara (RM8.52 bilion) , peruntukan SDR (RM8.08 bilion) dan liabiliti lain (RM5.23 bilion). - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qGhVjY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.