Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perselisihan Faham Keluarga Bertukar Tragedi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perselisihan Faham Keluarga Bertukar Tragedi



SIBU: Akibat perselisihan faham keluarga, seorang lelaki maut ditembak adiknya sendiri di sebuah rumah panjang di Sibintek Skim B, Batu 24 Jalan Oya dekat sini semalam.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 11.40 pagi itu, mangsa yang berusia 45 tahun telah ditembak adiknya yang berusia 39 tahun menggunakan senapang patah buatan sendiri.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu suspek kini ditahan bagi membantu siasatan polis.

Menurutnya, punca kejadian dipercayai bermula daripada perselisihan faham antara ahli keluarga dan mangsa dipercayai enggan mendengar nasihat suspek.

“Suspek ditahan di lokasi kejadian dan senapang dipercayai digunakan suspek turut ditemui di kawasan semak berhampiran lokasi kejadian.”katanya.

Kes kini disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qaYKer

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.