Hi! Welcome Back and Stay Tune! Putri Najuwa selesa low profile - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Putri Najuwa selesa low profile

PENGLIBATAN aktres cantik, Putri Najuwa, 32, dalam dunia lakonan tempatan sebenarnya bermula sejak usianya mencecah 20 tahun lagi.

Barangkali atas faktor kurangnya publisiti membuatkan nama pelakon berdarah kacukan Malaysia – New Zealand ini tenggelam timbul.

Bagaimanapun, Putri Najuwa atau lebih mesra disapa Wawa memberitahu, meski namanya tidak sehangat pelakon lain, tetapi tawaran lakonan masih ada.

Kata pelakon Playboy Itu Suami Aku ini lagi, dia bersyukur kerana setidak-tidaknya, masih ada rezeki walaupun kurang popular.

Mengakui tiada pengurus dan mengharapkan ‘panggilan’ dari produksi namun Wawa mempunyai prinsip dan impiannya.

“Kalau boleh, biarlah saya capai dulu cita-cita saya, baru boleh fikir pasal pengurus,” katanya kepada Media Hiburan baru-baru ini.

Wawa tidak menafikan populariti dan publisiti perlu bagi public figure sepertinya, tapi dia nyata selesa dengan apa yang dilaluinya.

Tambah Wawa, dia tidak ralat kerana kurang dikenali, tetapi lebih selesa low profile kerana tiada cerita sensasi.

“Saya selesa macam ni. Tak ada yang kejar tapi Alhamdulillah, rasa nice juga bila ada peminat yang tegur dan kata mereka pernah nampak saya di TV.

“Saya tak suka kehidupan jadi terbatas. Saya lebih suka buat apa yang saya suka tanpa ada yang memerhati.

“Cukuplah kalau saya masih ada rezeki berlakon. Itu dah memadai,” katanya merendah diri.

Asah skil lakonan

Ditanya sejauh mana komitmennya terhadap lakonan, kata Wawa, berlakon memang memenatkan di tambah jadual penggambaran yang tidak menentu memberi sedikit  tekanan. Tapi pertemuan Wawa bersama pengarah, Isma Aizal Yusoof mengubah persepsinya 100 peratus.

“Saya selesa berlakon di bawah arahan Isma. Dia banyak ajar asas lakonan. Pertolongan dan tips tu taklah besar mana bagi dia tapi memang bermakna untuk saya. Contohnya macam mana nak dapatkan mood sedih, marah dan menangis.

“Nasihat dan panduannya saya pegang hingga ke hari ini untuk asah skil lakonan,” jelas Wawa yang kini gementar menanti reaksi peminat terhadap aksi pertamanya di layar perak menerusi filem romantik, Dubai My Love.

Selain Wawa, pelakon yang turut terlibat di dalam filem yang bakal ditayangkan September depan ialah Ben Ali, Hanna Aqeela, Fazreen Fazera dan aktor Singapura, Erwin Dawson.

Dubai My Love adalah filem terbitan Tsar Asia Sdn.Bhd arahan Aidilfitri Mohamed Yunos sementara lakon layarnya oleh Fairul Nizam Ablah.

Teruja filem pertama

Berkongsi penantian Wawa, dia pada mulanya enggan terlibat sama kerana dirasakan masih belum layak berlakon filem.

“Mulanya saya tak mahu sebab belum yakin dan takut. Bukan senang nak berlakon filem tambahan lagi dalam produksi yang turut menjalani penggambaran di luar negara.

“Bila pengarah mengenai watak, minta faham jalan cerita dan skripnya, barulah saya berani dan yakinkan diri pegang watak Maria.

“Alhamdulillah, semuanya lancar dan harap penonton puas hati tengok Dubai My Love nanti,” harap Wawa.

Wawa yang bakal mendirikan rumah tangga tahun ini turut berkongsi khabar gembira itu.

Menurutnya, dia dan bakal suami yang  berkhidmat di syarikat oil & gas mengikat tali pertunangan November tahun lalu dan merancang berkahwin akhir September atau awal Oktober.

“Dia  tak pernah halang minat dan kerjaya saya selepas kahwin sebab  faham minat saya,” kata Wawa yang kini sibuk dengan drama 30 episod, Sedingin Cinta Antasia bersamaTasha Shilla dan Syazwan Zulkifly.

The post Putri Najuwa selesa low profile appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pU9FtI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.