Hi! Welcome Back and Stay Tune! YSBN, ATM Santuni Masyarakat Orang Asli - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

YSBN, ATM Santuni Masyarakat Orang Asli


BOTA – Yayasan Sahabat Bina Negara (YSBN) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia menganjurkan Program Jiwa Murni 2 Briged di padang Sekolah Kebangsaan Kampung Suak Padi, di sini.

Penaungnya, Datuk Akmar Hisham Mokhles ketika ditemui berkata, program yang diadakan merupakan salah satu aktiviti khidmat masyarakat khususnya buat masyarakat Orang Asli di sini.

“Pelbagai aktiviti telah direncanakan dan dijalankan dengan sempurna dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia iaitu dari pasukan 2 Briged yang berpangkalan di Ipoh.

“Antaranya ialah pemeriksaan kesihatan secara percuma, gotong royong dan membaiki pagar sekolah untuk kemudahan murid Orang Asli di sini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Selain itu katanya, pihak yayasan berkenaan turut menyalurkan bantuan bagi melancarkan lagi program tersebut.

“Pihak yayasan sendiri telah menyediakan bantuan seperti barangan untuk membaiki pagar sekolah.

“Malah, kita turut menyediakan barangan untuk memeriahkan program di samping bantuan barangan untuk setiap rumah di sini,” katanya.

Sementara itu, Panglima 2 Briged ATM, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaafar ketika ditemui berkata, penyertaan pasukan tentera sendiri pada program itu merupakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat Orang Asli.
“Alhamdulillah, pasukan dari 2 Briged kali ini berjaya berkolaborasi dengan pihak Yayasan Sahabat Bina Negara untuk menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat Orang Asli.

“Diharap dengan adanya aktiviti sebegini akan lebih memberi makna kepada masyarakat Orang Asli sendiri agar tidak rasa terpinggir,” ujarnya.

Turut hadir pada program tersebut, ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim.

Antara program yang dibawa pada program berkenaan adalah kejuruteraan ATM, kursus pengurusan jenazah, derma darah, pemeriksaan mata secara percuma, pameran ketenteraan, sukan rakyat, gotong royong, program kesihatan dan sesi karaoke. – MYNEWSHUB.CC



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rHWFYP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.