Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jiwai watak sepenuh hati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jiwai watak sepenuh hati

Pembabitan dalam sinetron Para Pencari Tuhan membawa tuah tersendiri buat Agus Kuncoro yang mencipta populariti dalam kalangan peminat.

Lakonannya sebagai Azam bergandingan dengan Zaskia Adya Mecca (Aya) mencetuskan fenomena sehingga sinetron yang hanya ditayangkan pada bulan Ramadan itu sudah memasuki edisi ke-10.

Agus berkata, tiada yang luar biasa di sebalik kejayaannya kerana dia melakukan setiap tanggungjawab yang diberikan dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati.

“Saya mencintai apa yang dilakukan kerana ini minat saya. Kita harus bersungguh-sungguh kerana dari situ pasti beroleh hasil terbaik,” katanya.

Agus, 43, mula terbabit sebagai pelakon menerusi filem Sayekti dan Hanafi The Movie pada 1988.

Bagaimanapun, Para Pencari Tuhan yang diterbitkan di bawah syarikat milik pelakon terkenal Indonesia, Deddy Mizwar menyerlahkan namanya secara mendadak.

“Sinetron ini sangat istimewa kerana bukan hanya menampilkan yang tersurat tapi banyak yang tersirat.

“Ia menonjolkan Islam itu indah menerusi pelbagai sudut antaranya cara mencium tangan, adab masuk masjid dengan kaki kanan dan minum dengan tangan kanan,” katanya.

Lebih daripada itu, Para Pencari Tuhan juga tidak menampilkan sentuhan bukan mahram sekiranya mereka bukan pasangan suami isteri yang sah di luar.

“Saya sendiri beroleh banyak pengetahuan apabila membintangi sinetron ini terutama belajar melihat setiap permasalahan dari sudut Islam.

“Penonton pula berasa dekat dengan setiap karakter cerita ini dan menjadikan ia begitu diminati mereka,” katanya.

Selain penonton Indonesia, Para Pencari Tuhan turut boleh disaksikan peminat Malaysia menerusi Indopek Bintang (Saluran 141) mulai 26 Mei ini pada jam 4 petang dan ulangannya jam 5 pagi.

Sayangkan keluarga

Agus berkahwin dengan pelakon, Anggia Jelita pada 23 Januari 2005 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Kunkeira Gayla, 9.

Dia akui amat menyayangi keluarganya dan tidak akan melakukan perkara yang boleh melukakan hati mereka.

“Berada dalam industri seni mendedahkan saya pada gosip liar. Namun saya ambil jalan mudah dengan tidak membaca cerita kurang enak ini.

“Bahkan kebanyakan cerita hanya disampaikan kawan-kawan kepada saya kerana saya tidak melayan dan ambil peduli apa yang digosipkan,” katanya.

Filem lain lakonan Agus antaranya Malaikat Tanpa Sayap, Gending Sriwijaya, Sang Pencerah, Gila Jiwa The Movie dan Di Balik 98.

Di Balik 98 turut disiarkan menerusi Saluran Bintang 141 pada 7 Ogos ini, jam 10 malam.

The post Jiwai watak sepenuh hati appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qFl3wy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.