Hi! Welcome Back and Stay Tune! 10 Pemain Bola Sepak Dijemput Ajal Ketika Beraksi Atas Padang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

10 Pemain Bola Sepak Dijemput Ajal Ketika Beraksi Atas Padang

marc

Sesungguhnya mati itu adalah pasti. Jika telah ditakdirkan kita menemui ajal, ia pastinya tidak akan lewat atau cepat walaupun sesaat. Di mana sahaja kita berada, apa sekalipun yang sedang kita kerjakan, bila ajal tiba menjemput, pasti kita akan pergi. Kerana itu kita perlu sentiasa ingatkan kematian agar kita sentiasa bersedia bila ia datang menjemput.

Pemain bola sepak juga tidak terlepas daripada dijemput ajal ketika sedang beraksi di atas padang. Memang tidak banyak kes seperti ini namun ia bukannya mustahil. Terdapat nama-nama besar yang telah meninggal dunia.

Iluminasi.com ingin berkongsi 10 pemain bola sepak yang menemui ajal ketika sedang beraksi atas padang.

1. Piermario Morosini 

piermario morosini

Pemain antarabangsa dari Itali, yang bermain kali terakhir untuk kelab Livorno dalam Liga Serie B, pinjaman dari kelab Udinese. Ketika perlawanan antara kelabnya Livorno menentang Pescara pada 14 April 2012, beliau mengalami serangan jantung lalu jatuh ke atas padang. Beliau kemudiannya tidak sedarkan diri ketika cuba untuk bangun. Paramedik sempat memberikan rawatan kepadanya ketika masih di atas padang dengan menggunakan defibrillator. Laporan mengatakan beliau telah meninggal dunia sebelum tiba di Hospital Santo Spirito. Ketika meninggal, beliau hanya berusia 25 tahun.

2. Akli Fairuz

akli fairuz

Pemain Indonesia yang berumur 27 tahun ini bermain dalam Liga Premier Indonesia ketika menemui ajalnya. Penyerang kelab Persiraja itu bertembung dengan penjaga gol lawan dan menerima hentakan kaki pada badannya ketika insiden lantas mengalami pendarahan dalaman. Beliau kemudiannya digantikan oleh pemain simpanan dan menonton baki perlawanan di bangku simpanan sehinggalah keadaan menjadi bertambah buruk. Beliau kemudiannya dikejarkan ke hospital, dan meninggal dunia keesokan harinya.

3. Peter Biaksangzuala

peter biaksangzuala

Pemain muda India ini maut ketika meraikan jaringan gol dengan cara yang merbahaya pada 19 Oktober 2014. Ketika insiden, beliau cuba melakukan lompatan somersault yang berakhir dengan pendaratan lehernya ke atas tanah. Beliau yang tidak sedarkan diri akibat pendaratan bahaya itu telah dikejarkan ke hospital dan melalui imbasan CT yang menunjukkan kecederaan parah pada saraf tunjangnya. Kecedaraan parah itu tidak dapat diselamatkan lagi dan beliau hanya berusia 23 tahun ketika itu.

4. Endurance Idahor

endurance idahor

Pemain kelab Al-Merreikh dalam liga di Sudan ini berasal daripada Nigeria dan berumur 25 tahun ketika maut menjemput. Pada 6 Mac 2010, pemain penyerang itu secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Beliau disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan laporan autopsi melaporkan peredaran darah beliau tersekat akibat daripada serangan jantung.

5. Hrvoje Custic

custic

Merupakan seorang pemain tengah kelab Zadar dalam liga divisyen satu Croatia, dan berasal daripada Yugoslavia. Pada perlawanan pada 29 Mac 2008 menentang kelab HNK Cibalia, Hrvoje mengalami kecederaan pada kepala yang teruk setelah terlanggar dinding kongkrit yang berada 3 meter dari garisan tepi. Kejadian itu akibat perlanggarannya dengan pemain lawan yang cuba untuk mendapatkan bola. Beliau kemudiannya koma dan menjadi stabil, namun terdapat jangkitan yang menyebabkan suhu badannya meningkat secara mendadak menyebabkan keadaannya makin parah. Beliau akhirnya meninggal dunia pada hari yang sama ketika berusia 24 tahun akibat otaknya yang tidak lagi berfungsi.

6. Paulo Sérgio Oliveira da Silva

paulo s rgio oliveira da silva

Berasal dari Brazil dan diberi nama jolokan "Serginho" adalah pemain pertahanan kelab Campeonato Brasileiro ketika meninggal dunia pada usia 30 tahun. Perlawanan menentang Sao Paolo pada 27 October 2004 itu menyaksikan Serginho diserang sakit jantung ketika perlawanan berbaki 30 minit. Dikatakan jantungnya berhenti berdegup serta-merta ketika kejadian namun masih dibawa ke hospital dan dilaporkan berat jantungnya adalah dua kali ganda daripada berat normal iaitu 600g. 

7. Antonio Puerta 

antonio puerta

Beraksi untuk kelab Liga Sepanyol iaitu Sevilla dan mewakili Sepanyol dalam peringkat antarabangsa. Pada insiden 26 Ogos 2007 dimana beliau baru berusia 22 tahun itu, Antonio rebah dan tidak sedarkan diri di atas dalam kotak penalti. Ia diakibatkan oleh serangan jantung dan kemudiannya kembali sedar lalu digantikan. Ketika berjalan ke bilik persalinan, Antonio rebah sekali lagi dan dikejarkan ke rawatan rapi. 2 hari kemudian beliau disahkan mengalami beberapa kegagalan organ dan kerosakan pada otak yang tidak dapat dipulihkan. Penyebab utama adalah serangan jantung yang berpanjangan yang diwarisinya dikenali sebagai "arrhythmogenic right ventricular dysplasia".

8. Marc Vivien Foe

marc vivien foe

Marc Vivien Foe merupakan pemain antarabangsa Cameroon yang juga beraksi untuk kelab Manchester City ketika itu, pinjaman dari kelab Perancis, Lyon. Pemain tengah berkaliber ini rebah ketika perlawanan memasuki minit ke-72. Insiden yang berlaku pada 26 Jun 2003 itu menyaksikan Marc masih bernyawa ketika itu namun meninggal dunia di atas padang sejurus selepas itu walaupun dengan ketibaan pasukan perubatan. Usaha untuk menghidupkan kembali jantungnya oleh pasukan perubatan yang mengambil masa 45 minit itu gagal. Laporan autopsi menunjukkan beliau maut akibat "hypertrophic cardiomyopathy" yang diwarisinya. Sebelum beliau rebah, pengurus pasukan yang menyedari Marc yang kelihatan agak letih ingin menggantikannya namun beliau memberi isyarat beliau mahu bermain. Marc meninggal ketika berusia 28 tahun.

9. Phil O’Donnell

odonnell

Pemain yang pernah menerima anugerah "Scottish PFA Young Player of the Year Award" sebanyak dua kali ini berasal dari Scotland dan meninggal dunia ketika berusia 35 tahun pada 29 Disember 2007. Ketika insiden berkenaan, beliau baru sahaja mahu digantikan, tapi tiba-tiba rebah. Beliau dirawat beberapa minit di atas padang dan dikejarkan ke hospital selepas itu namun tidak dapat diselamatkan. Laporan menunjukkan beliau meninggal akibat kegagalan ventrikel kiri.

10. Miklos Feher

miklos feher 425

Di antara saat-saat yang paling menyayat hati jika anda menonton video bagaimana Miklos Feher tiba-tiba tunduk seakan-akan kesakitan dan kemudiannya terduduk. Pemain berasal dari Hungary ini yang hanya berusia 24 tahun ketika itu kemudiannya dikerumuni oleh pemain dari kedua-dua pasukan. Pasukan medik kemudiannya sampai dan memberikan rawatan CPR kepada beliau. Pemain-pemain lain ketika itu sudah mula menangis melihatkan kejadian itu. Kematiannya disahkan pada malam tersebut akibat daripada jantung berdegup kencang disebabkan oleh "hypertrophic cardiomyopathy"

Sumber : 

1. Independent

2. Daily Mail

3. Lists



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s9euCQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.