Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Malam Ini
Emas masih gagal memulih dengan momentum US dolar sedikit terhakis berikutan data pasaran hartanah Amerika Syarikat yang lemah daripada jangkaan.
Tiada kejutan dalam penetapan polisi monetari Bank of Japan yang mengekalkan kadar faedah -0.1% dan juga terus mensasarkan pembelian bon bagi mengekalkan hasil bon jangka panjang di sekitar sifar peratus.
US dolar juga mendapat tambahan sokongan selepas penetapan polisi bank pusat Jepun di mana Usd/Jpy bergerak melebihi paras 111.00 dalam awal sesi Eropah hari ini.
Berbanding euro, US dolar kehilangan momentum pada Jumaat dengan Eur/Usd kini naik melebihi paras 1.1180, dengan indeks US dolar susut 0.32% setakat pukul 10.28 malam.
Hasil bon di Eropah bergerak lebih tinggi berbanding bon US yang hanya sedikit berubah hari ini.
Data terbaru pasaran perumahan Amerika Syarikat yang dikeluarkan pukul 8.30 malam tadi menunjukkan data permit bangunan susut 4.9% pada Mei yang terendah sejak 8 bulan lalu. Manakala data pembinaan rumah yang dimulakan susut 2.4% secara tahunan.
Data perumahan ini memberikan kesan yang signifikan kepada pasangan matawang Usd/Jpy yang kini didagang di bawah 111.00 setakat ini di mana hasil-bon US juga bergerak ke bawah. Dalam suasana seperti ini emas kini bergerak melebihi paras $1,255.
The post Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Malam Ini appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s92YYh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment