Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aisya, anak syurga... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aisya, anak syurga...

"BIARPUN keadaannya begitu, saya teruja dengan kelahirannya terutama untuk menyambut Aidilfitri nanti, namun Allah SWT lebih menyayanginya.

"Saya reda dengan pemergian Aisya walaupun hakikatnya masih belum puas membelainya,” kata Dr Shahidatul Adha Mohamad,32, ibu kepada Aisya Hanani Mohd Hannan yang meninggal dunia pada 6.45 pagi, 11 Jun lalu di Wad 1 Nilam, Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan selepas 15 hari dilahirkan.

Aisya Hanani dimasukkan ke NICU HUSM sejak dilahirkan pada 28 Mei lalu selepas dilahirkan dalam keadaan pramatang dengan berat 880 gram iaitu pada usia kandungan enam bulan.

Ketika memasuki hari ke-12, anak syurga itu mengalami gangguan pernafasan atau dikenali sebagai ‘Apnea’ secara berulang kali sehingga pihak hospital memasukkan tiub pernafasan melalui mulut selama tiga hari sebelum menghembuskan nafas terakhir tiga hari kemudian.

Dr Shahidatul berkata, sejak anaknya dirawat diHUSM, dia akan datang melawat setiap hari untuk melakukan pelukan "kangaroo mother care"(KMC) sekurang-kurangnya satu jam setiap hari.

“Pelukan itu dipercayai mampu menstabilkan kadar pernafasan, menguatkan antibodi dan dapat mempercepatkan pertambahan berat badan.

“Pada 8 Jun lalu, keadaan arwah mula berubah dan semakin kritikal,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Katanya, dalam tempoh hayat anak syurga itu, dia hanya sempat memberi susu perahan selama tujuh hari kepada bayinya yang diminum menerusi tiub.

"Setiap kali menatap wajah Aisya, saya sentiasa mengharapkan akan berlaku keajaiban, meskipun saya sedia maklum mengenai keadaannya itu,” katanya yang juga pegawai perubatan dan pensyarah perubatan di Jabatan Oftalmologi, HUSM.

Katanya, biarpun doktor sudah memaklumkan keadaan bayinya selain melihat sendiri keadaan Aisya, dia tetap memujuk hati bahawa semuanya akan kembali pulih.

"Mereka juga tidak menjanjikan peluang sembuh untuk bayi saya kerana kelahirannya yang terlalu awal pada 26 minggu kandungan. Sesungguhnya saya hanya berserah kepada Allah,” katanya.

Jenazah Aisya Hanani dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Siam, Pasir Puteh pada 10.30 pagi, 11 Jun lalu.

Katanya, kali terakhir dia melihat anaknya itu pada 3 pagi, 11 Jun lalu selepas tertidur hampir satu jam di bilik menunggu hospital.

Bagaimanapun, kira-kira 4 pagi, dia dikejutkan dengan panggilan memberitahu anaknya dalam keadaan tenat.

Katanya, dia berlari ke NICU untuk melihat anak dan menghubungi suami, Dr Hannan Yusof, 33, serta bapa mentua, Mohd Yusof untuk segera datang ke hospital.

“Setibanya mereka tidak lama kemudian, bapa mentua meminta saya menghentikan bantuan mesin pernafasan memandangkan keadaan Aisya yang saya sendiri tidak sampai hati untuk melihatnya," katanya.

"Saya akur dan menarik keluar tiub pernafasan itu selepas mendapati jantung Aisya terhenti, Allahuakbar...,” katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rnQAAP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.