Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelombong Jumpa Batu Zamrud Seberat 350KG Bernilai RM1.2 Billion, Kini Hidup Tak Tenteram - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelombong Jumpa Batu Zamrud Seberat 350KG Bernilai RM1.2 Billion, Kini Hidup Tak Tenteram


Foto besar: Kawasan perlombongan terbabit. Foto besar: Batu yang ditemui.

Satu batu zamrud gergasi bernilai lebih kurang $300 juta (RM1.2 billion) yang ditemui di sebuah kawasan perlombongan di Brazil kini disimpan di tempat rahsia dengan tahap keselamatan yang tinggi selepas pemilik batu itu mendedahkan dia hidup dalam ketakutan - diculik, peras ugut dan rompakan bersenjata - gara-gara penemuan itu.


Lelaki yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai FG itu berkata batu itu sangat langka kerana saiz gergasi dan kualiti kristalnya.

FG mendedahkan bahawa ia memerlukan bantuan trak forklift untuk mengangkat batu bernilai itu.

Zamrud gergasi yang seberat 360kg dan berketinggian 1.3 meter itu dikeluarkan dari perut bumi sebulan lalu. Ia ditemui di kedalaman 200 meter di kawasan perlombongan Carnaiba di Bahia, utara timur Brazil.


Pemilik yang berhati-hati itu berkata pada minggu ini: "Saya tak dapat dedahkan apa-apa tentang tempat penyimpanan batu itu, bagaimana ia disimpan serta berapa harga yang saya bayar (untuk menyimpannya).

"Apa yang saya boleh katakan adalah batu itu dipindahkan secara kerap ke tempat yang selamat diiringi oleh pengawal bersenjata.

"Saya tak boleh mengambil sebarang risiko ke atas keluarga saya dengan menyimpannya di satu tempat sahaja." kata FG.

Difahamkan, sudah ada beberapa pembeli yang berminat untuk membeli batu berkenaan termasuk pembeli dari Timur Tengah.

FG berkata lagi: "Batu itu mempunya serpihan Zamrud merata-rata. Kualitinya sangat bagus dan yang terbaik pernah saya jumpa setakat 30 tahun di industri ini.

Dailymail melaporkan, pakar meramalkan batu berhias yang mengandungi kira-kira 180,000 karat kristal emerald, boleh mencecah sekitar £238million (RM1.2 billion).

FG berkata, batu terbabit dikeluarkan oleh 10 orang dan setiap dari mereka sudah dibayar bahagian masing-masing supaya dia menjadi pemilik tunggal batu terbabit.

Batu gergasi itu ditemui di kawasan lombong yang sama; hanya seratus meter; dimana batu Zamrud Bahia ditemui 16 tahun lepas.


Sumber: Siakapkeli


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ryXPKo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.