Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Anak-anak dia yang letak barang atas badan’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Anak-anak dia yang letak barang atas badan’

LANGKAWI, KEDAH – Gambar seorang pesakit wanita yang badannya dipenuhi dengan barang bantuan, viral di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 
Terdahulu lapor portal OhBulan!, seorang lelaki memohon bantuan dari ahli politik setempat melalui aplikasi WhatsApp, untuk seorang wanita yang sakit. 
“Sudah 17 hari di hospital. Beliau memerlukan pampers dan susu. Mohon bantuan. Sakit pendarahan di kepala. Mohon pertimbangan dari Dato,” kata individu bernama Wan. 

Bertindak berdasarkan maklumat yang diberi, ahli politik berkenaan mengarahkan Ketua Pegawai Khasnya menghantar barang-barang keperluan kepada wanita berkenaan. 

Gambar-gambar penyerahan barangan yang disumbang kemudian dimuat naik ke laman Facebook ahli politik berkenaan. Malangnya, salah satu gambar yang dimuat naik, telah menimbulkan salah faham orang ramai menyebabkan ahli politik dan orang bawahannya dikecam teruk di media sosial. 
Pengguna Twitter, Qusyairi Hashim pada jam 9.41 malam, 4 Jun memuat naik tweet berikut:
“Saya faham, sebagai ahli politik kita nak tunjuk ktia tolong. Tetapi tak perlu kot nak menyusun lampin dan susu atas pesakit itu,” katanya.  
Tweet dan gambar tersebut telah diretweet 4,900 kali. Rata-rata netizen mendakwa ahli politik berkenaan tidak ikhlas membantu insan yang memerlukan. 
Bagaimanapun, tampil seorang individu menafikan dakwaan itu dan menjelaskan perkara sebenar. 
“Anak-anak dia yang letak (barang) atas tu. Masa bagi barang-barang itu, anak-anak dia yang terima. Tak sangka pula depa letak pula di atas dia dan ambil gambar,” katanya. 
Diharapkan netizen tidak menyebar dan terus mempercayai suatu berita itu tanpa menyiasat kesaihannya terlebih dahulu kerana bimbang ia akan menjadi fitnah. 

Sumber



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r1UVsk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.