Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isteri sebak melihat mayat suami maut kemalangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isteri sebak melihat mayat suami maut kemalangan

Isteri sebak melihat mayat suami maut kemalangan

1.png

SHAH ALAM, SELANGOR – Seorang anggota polis bantuan maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan melanggar penghadang besi di kiri jalan di Kilometer 20.2 Lebuhraya Klang-Shah Alam (KESAS), pagi semalam, lapor Berita Harian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Kamaluddin Mohamad berkata, mangsa, Ahmad Nizam Nazahar, 34, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Dalam kejadian jam 7.15 pagi, polis bantuan Kolej Universiti Taylor itu menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dalam perjalanan dari Bukit Tinggi ke Shah Alam.

“Siasatan awal mendapati mangsa mungkin mahu pergi ke tempat kerja kerana laluan itu menghala ke Kolej Taylor di Bandar Sunway ketika kejadian.

“Tiada kamera litar tertutup (CCTV) berdekatan kawasan kemalangan dan belum ada saksi yang tampil membantu siasatan.

“Polis masih menyiasat kejadian bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat,” katanya.

Terdahulu laman Facebook Berita TV9 memuat naik rakaman video di tempat kejadian yang menunjukkan isteri mangsa menangis teresak-esak di sisi mayat suaminya. Sementara itu, ibu mangsa jatuh pengsan setelah melihat mayat anaknya.

Difahamkan, mayat mangsa telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Klang.

Sumber: pixelperfext



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qY4xJw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.