Hi! Welcome Back and Stay Tune! [VIDEO] PROTON SUPRIMA X – PENAMPILAN PENUH KINI DIDEDAHKAN! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

[VIDEO] PROTON SUPRIMA X – PENAMPILAN PENUH KINI DIDEDAHKAN!

Image result for PROTON SUPRIMA X – PENAMPILAN PENUH KINI DIDEDAHKAN

Image result for PROTON SUPRIMA X – PENAMPILAN PENUH KINI DIDEDAHKAN

Credit: https://paultan.org/

Masih ingat dengan Proton Supirma X yang kami tampilkan sebelum ini? Ia sebuah rekaan konsep yang dihasilkan oleh seorang pereka yang bertugas di MIMOS, Saharudin Busri. Ketika itu, model crossover yang dihasilkan berdasarkan Proton Suprima S sedia ada berkenaan hanya ditunjukkan sedikit, di bawah litupan kain.

Kini, individu yang memegang jawatan sebagai Ketua Rekaan Industri, MIMOS Bhd mendedahkan satu siri baru imej-imej yang lengkap dan lebih menyeluruh bagi Suprima X yang dihasilkan itu. Apa pendekatan di sebalik penghasilan rekaan konsep di sebalik model ini?

Seperti dinyatakan sebelum ini, Suprima X merupakan sebuah rekaan spin-off daripada rekaan Suprima R yang ditampilkan sebelum ini – yang menggunakan asas dari Suprima S. Antara perkara yang dilakukan terhadap rekaan Suprima X ini, yang membezakannya daripada model asas ialah badannya dinaikkan lebih tinggi dan kemudiannya dipadankan dengan saiz rim yang lebih besar.

Image result for PROTON SUPRIMA X – PENAMPILAN PENUH KINI DIDEDAHKAN

Dari aspek rekaan umum, ia mengambil lenggok penggayaan coupe, dengan penampilan yang lebih dinamik sebagai sebuah model SUV kompak/crossover yang lebih sporty dan mantap. Di lihat dari depan, Suprima X, ia diberikan rekaan gril krom berkembar, yang dilanjutkan terus ke bahagian lampu hadapan LED dalam bentuk elemen X.

Bentuk berkenaan diteruskan lagi pada rekaan pada bahagian lampu kabusnya. Elemen krom menjadi antara yang penting padanya. Dari sisi badannya pula, jalur krom panjang menghiasi dari depan hingga ke belakang di bawah barisan cermin. Bermula dari bahagian tapak cermin sisi dibawa ke berkeliling hingga ke bahagian belakang.

Ini diteruskan lagi dengan kemasan krom yang digunakan pada bahagian landasan di atas bumbung serta pada bahagian bawah panel pintu. Ini merupakan antara sentuhan unik dan dengan karekter berbeza yang diberikan kepada rekaan yang dihasilkan ini. Selain itu, pemegang pintu belakang pula dialih ke bahagian panel C-pillar.

Bahagian belakang juga tampil dengan imej yang kelihatan mantap, mungkin juga lebih menarik dan tertumpu jika dibandingkan bahagian hadapan. Antara yang paling menonjol tentulah rekaan lampu belakang; ia melintang dari kiri ke kanan, dengan sebahagian daripadanya terletak pada panel pintu ruang belakang – memanmpakkan rekaan ini supaya lebih lebar.

Imej belakang juga diperkuat dengan kehadiran spoiler belakang pada bumbung. Rekaan bampar datang dengan dua tona, termasuk panel hitam yang sedikit sebanyak memberi kelainan. Hujung ekzos dengan kemasan krom, serta lampu kabus atau reflektor yang ada melengkapi penampilan bahagian belakang.

Saharudin juga menjelaskan, rekaan-rekaan yang dihasilkannya ini adalah bertujuan untuk menunjukkan kemampuan Pusat Rekaan MIMOS , MIMOS Berhad yang merupakan sebuah agensi strategik di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), dalam menghasilkan rekaan bagi industri automotif.

Beliau mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang Rekaan Indsutri dari UiTM, beliau juga sempat melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sarjana dalam bidang Rekaan Automotif di Universiti Coventry, UK dengan biasiswa dari Proton. Pernah juga pasukan pereka MIMOS ini menerima Ada pengiktirafan dari Red Dot Design Award dan pernah disenaraikan ditempat ketiga bagi kategori World Most Innovative Design Studio.

Harapnya beliau akan tampil lagi dengan rekaan-rekaan model yang menarik, yang diasaskan daripada model Proton sedia ada di masa hadapan. Menarik juga untuk melihat kelanjutan imajinasi terhadap bagaimana model yang dihasilkan Proton di dalam penampilan yang berbeza dan mungkin saja boleh dijadikan kenyataan.

Image result for PROTON SUPRIMA X – PENAMPILAN PENUH KINI DIDEDAHKAN

Related image



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s04flu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.