Sebaknya...semoga rohnya dicucuri rahmat [METROTV]
SEBAK apabila suaminya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Kilometer 20.2 Lebuhraya KESAS, arah Bukit Tinggi ke Shah Alam itu pada hari ke-10 Ramadan, semalam dan dia ke tempat kejadian melihat jenazah suaminya.
Video suasana pilu berdurasi tiga minit itu tular di laman sosial hari ini dan mengundang simpati netizen.
Selain wanita itu, seorang lagi wanita dipercayai ibu mangsa turut pengsan sebelum dipapah orang ramai ketika melihat keadaan arwah.
Dalam kejadian 7.15 pagi itu, mangsa, Ahmad Nizam Nazahar, 34, yang bekerja sebagai anggota polis bantuan di sebuah kolej swasta dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan di lebuh raya berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Kamaludin Mohamad berkata, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan.
Menurutnya, siasatan polis mendapati kemalangan berlaku dalam keadaan cuaca kering dan permukaan jalan kering.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat petang semalam.
"Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kemalangan dan tiada saksi tampil memberi keterangan.
"Siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti punca kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qYdlPE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment