Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siti Saleha Fokus Majlis Kahwin, Tolak Berlakon - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siti Saleha Fokus Majlis Kahwin, Tolak Berlakon

Heroin drama 7 Hari Mencintaiku, Siti Saleha bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Justeru tidak hairanlah jika ketika ini dia begitu sibuk untuk menguruskan berkenaan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung nanti.

Oleh itu, Saleha mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon sepanjang bulan Ramadan ini bagi memberi sepenuh perhatian kepada persiapan perkahwinannya.

“Saya mengambil keputusan untuk tidak melakukan sebarang penggambaran sepanjang bulan puasa ini kerana ingin berehat dan fokus kepada persiapan perkahwinan.

“Persediaan yang dilakukan sekarang ini semuanya berjalan dengan lancar cuma ada beberapa perkara sahaja lagi yang harus saya lakukan,” katanya.

Tambahnya lagi, dia banyak menghabiskan masa untuk pastikan majlisnya nanti berjalan dengan lancar dan dia juga turut gementar kerana majlisnya itu bakal berlangsung sebulan selepas raya.
“Banyak masa saya sekarang ini dihabiskan untuk memastikan persiapan yang dilakukan berjalan seperti yang dirancang kerana saya mahu pastikan majlis tersebut kelihatan sempurna.

“Ternyata perasaan itu semakin gementar kerana majlis itu akan dilangsungkan tidak lama lagi iaitu pada 28 Julai ini,” katanya.

Insya-ALLAH segalanya akan berjalan dengan lancar. Jangan gementar ye Saleha, semoga segala persiapan dapat diselesaikan dengan rapi dan teratur.

The post Siti Saleha Fokus Majlis Kahwin, Tolak Berlakon appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qY67Lx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.