Suspek kes tikam teman wanita panas baran, terlalu cemburu - Bapa saudara
Suspek menikam Hazwani beberapa kali di bahagian perut sebelum ditinggalkan di tepi jalan dekat Taman Serindit, Jalan Langgar, Alor Setar, lewat petang semalam.
Itu yang diceritakan bapa saudara mangsa, Mohd Zahir Osman, 43, ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) siang tadi.
Katanya, hubungan anak saudaranya dengan bekas teman lelakinya berusia 23 tahun itu sudah putus sejak dua bulan lalu kerana Hazwani tidak dapat menerima sikap panas baran dan cemburu suspek.
Menurutnya, kejadian itu berlaku sekitar jam 5.30 petang semalam selepas mangsa singgah di kedai runcit di tepi taman itu sebaik menghantar rakannya pulang ke rumah.Bagaimanapun sebaik mangsa hendak masuk ke dalam kereta, suspek terus datang dan membuka pintu lalu menikam perut mangsa.
"Mereka bergelut, dan suspek menikam mangsa. Kesemua sekali tujuh tikaman, empat di perut dan dua di tangan. Ada juga luka di jari dan di lutut," kata Mohd Zahir.
Katanya, pasangan itu sudah berkenalan agak lama dan belajar bersama di Kolej PolyTech MARA, Alor Setar.
Mangsa selamat menjalani pembedahan jam 4.30 pagi tadi selepas mengalami kecederaan parah di perut dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.
Bagaimanapun mangsa masih trauma dengan kejadian itu dan enggan bertemu dengan sesiapa buat masa ini termasuk rakannya sendiri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, pihaknya masih mengesan suspek yang menghilangkan diri.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r1PutD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment