Hi! Welcome Back and Stay Tune! CARA MUDAH BERSIHKAN OVEN TANPA MENYENTAL, SEMUA KERAK TANGGAL - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

CARA MUDAH BERSIHKAN OVEN TANPA MENYENTAL, SEMUA KERAK TANGGAL

“Aduhh..lupa nak bersihkan over lepas bakar ayam semalam. Dahla berbau rempah dengan pes ayam semua. Ingat kejap lagi nak buat kuih raya. Macam mana cara nak bersihkan oven yang dah berkerak mcm ni yer?”

Menjelang perayaan inila biasanya oven atau ketuhar masing-masing akan menjadi semakin aktif dengan pelbagai resipi pencuci mulut mahupun hidangan utama. Sedar tak sedar, oven pun dah makin kotor dan berkerak.

Jangan risau, sebenarnya ada cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan semua kotoran tersebut dengan mudah dan pantas.

CARA BERSIHKAN OVEN TANPA MENYENTAL. TERNYATA MUDAH, SEMUA KERAK TANGGAL!

Berikut ada beberapa cara membersihkan oven atau microwave yang boleh anda cuba di rumah.

#1. GUNAKAN AIR

Pertama sekali, letakkan mangkuk tahan panas yang berisi air ke dalam oven. Pasangkan oven pada suhu tinggi untuk selama 20 minit. Proses ini dapat membantu menanggalkan gris dan kerak pada permukaan oven.

Apabila ia menyejuk/suam, lapkan permukaan dalaman dengan tisu dapur @ kain pengelap yang bersih. Lakukan langkah ini setiap kali anda selesai menggunakan oven supayan ia mudah untuk dibersihkan.

#2. CUKA

Campurkan 1 Liter air bersama 8 sudu cuka. Celup kain dalam air cuka dan lapkan oven. Biarkan selama 15 minit & bilaskan dengan air bersih. kesan kehitaman akan segera menghilang.

Cara sebegini paling sesuai jikan anda mencuci oven dalam masa terdekat selepas ia digunakan. Cuka bukan sahaja bertindak menghilangkan kotoran, tetapi sifat keasidannya turut menjadi pelindung anti-kulat.

#3. SODA BIKARBONAT

Boleh juga menggunakan soda bikarbonat bersama sedikit cuka. Campurkan kedua-dua bahan ini dan biarkan ia menjadi pes. Sapukan pes ini pada permukaan oven yang terdapat kesan degil.

Biarkan pes ini selama 1 sehingga 12 jam. Lagi lama lagi berkesan, bergantung kepada tahap kotoran yang terdapat pada oven. Kemudian, lapkan semula dan bilas.

#4. LEMON/LIMAU NIPIS

Kalau tak ada cuka, gunakan perahan lemon atau limau nipis (jangan dibuang kulit selepas memerah) untuk menggantikan cara ke-3 di atas. Sifat keasidan lemon bukan sahaja bertindak sebagai pencuci semula jadi tetapi turut memberi bauan segar pada oven. Campurkan bersama soda bikarbonat/baking powder dan sapukan pes ini pada permukaan oven.

Selepas dibiarkan 1 jam atau lebih, gunakan kulit lemon atau limau nipis tadi untuk menggosok kesan kehitaman atau kerak di dalam oven. Kotoran degil akan tanggal dengan mudah & berkesan.

#5. SPRAY CUKA

Jika masih tertinggal sedikit kesan kotoran, masukkan cuka (bersama sedikit titisan lemon jika ada) ke dalam botol spray dan semburkan pada permukaan tersebut.

Biarkan seketika dan lap. Ulangi langkah ini beberapa kali.

MUDAH DAN BERKESAN

Demikian tadi cara bersihkan oven yang boleh anda lakukan sendiri. Rujuk video di bawah untuk lebih paham.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qMxJ1W

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.