Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelajar institut kemahiran cedera ditikam dua penyamun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelajar institut kemahiran cedera ditikam dua penyamun

KUANTAN: Seorang penuntut Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Gebeng di sini, cedera di perut selepas dipercayai ditikam dua lelaki dalam kejadian samun di Jalan Pintasan Pelabuhan-Kuantan dekat Balok, malam semalam.

Dalam kejadian 9.30 malam itu, mangsa berusia 23 tahun yang mengalami kecederaan di perut dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, dengan bantuan orang awam untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata ketika kejadian, mangsa berjalan seorang diri menuju ke sebuah kedai makan sebelum ditegur dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

"Seorang daripada suspek berpura-pura bertanyakan arah jalan sebelum mengeluarkan sebilah pisau dan bertindak hendak menyamun mangsa.

"Mangsa cuba melawan menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka sebelum suspek bertindak menikamnya, " kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata seorang daripada suspek merampas telefon bimbit dan dompet milik mangsa, dan kedua-dua lelaki terbabit kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

Katanya mangsa ditemui oleh orang awam di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kecederaan di perut sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Abdul Aziz berkata polis masih menyiasat jumlah kerugian sebenar dialami mangsa selain sedang mengesan dua suspek terbabit, dipercayai masih berada di bandar ini.

"Kes terbabit masih dalam siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun mendatangkan kecederaan," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qNk6Qn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.