Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pura-pura tanya tandas sebelum cabul - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pura-pura tanya tandas sebelum cabul

Loading...

KLUANG: Seorang lelaki yang mencabul seorang pekerja hotel dan mengugut untuk merogol serta membunuhnya dengan pisau pemotong daging di tandas sebuah hotel bajet di sini, ditahan di Taman Kluang Barat, petang semalam.

Dalam kejadian pada jam 6.45 petang Jumaat lalu itu, lelaki berusia 23 tahun berkenaan berpura-pura mahu menggunakan tandas hotel sebelum meminta pekerja berusia 22 tahun itu menunjukkannya arah tandas.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, berkata setibanya di pintu tandas, lelaki berkenaan tiba-tiba bertindak agresif serta menolak pekerja hotel wanita berkenaan masuk ke dalam tandas.

Katanya, lelaki berkenaan kemudian mengeluarkan pisau pemotong daging mengugut wanita itu sebelum mencabulnya dengan mencium serta meraba di beberapa bahagian badan.

“Wanita berkenaan mengalami kecederaan di beberapa anggota badan kerana bergelut untuk melepaskan diri namun akhirnya berjaya menghentikan tindakan lelaki berkenaan yang mahu merogolnya selepas memberitahu majikannya akan tiba untuk membuat pemeriksaan.

“Namun lelaki berkenaan mengugut untuk membunuh pekerja hotel itu jika mangsa melaporkan kejadian berkenan pada polis. Berikutan kejadian itu mangsa kini trauma.

“Bertindak atas laporan mangsa, sepasukan polis membuat serbuan di Taman Kluang Barat kira-kira jam 2.10 petang semalam, ” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Mohamad Laham berkata, siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan lampau mengenai jenayah seksual dan positif syabu menerusi ujian air kencingnya.

Katanya, suspek direman empat hari mulai hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 506 kanun sama kerana ugutan jenayah.

Sumber: BH ONLINE

Foto Hiasan Carian di Google

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ryVsnx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.