Hi! Welcome Back and Stay Tune! Angkara keliru nama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Angkara keliru nama

JENAZAH lelaki mualaf, Hassan Abdullah, 74, atau nama asalnya, Lin Ah San @ Lim Ah San disempurnakan mengikut ajaran Buddha selepas Unit Forensik Hospital Kajang, tersalah serah jenazah itu kepada sebuah badan kebajikan, semalam.

Lebih menyedihkan sebaik perkara itu disedari, jenazah sudah dibakar dan hanya abu yang tinggal.

Nama Lin Ah San @ Lim Ah San dikatakan hampir sama dengan Chu Kim San, 70-an yang turut ditempatkan di unit forensik hospital itu.

Pengerusi Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, Mohd Azmi Md Zain berkata, kekeliruan berlaku apabila ada dua mayat lelaki Cina di unit forensik itu yang mempunyai nama yang hampir sama dipercayai punca pengurusan unit forensik tersalah menyerahkan mayat.

Menurutnya, lelaki mualaf yang juga penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah meninggal dunia di Hospital Kajang akibat penyakit tua dan pihaknya dimaklumkan mengenai kematian itu, kira-kira 10 pagi semalam.

"Wakil kami pergi ke Unit Forensik Hospital Kajang untuk menuntut mayat. Namun, pihak pengurusan unit forensik memaklumkan, beberapa prosedur perlu dilakukan untuk menuntut mayat terbabit dan dijangka mengambil masa,” katanya hari ini.

Mohd Azmi berkata, mereka menyedari berlaku kesilapan kira-kira jam 3 petang semalam apabila mendapati jenazah itu sudah tiada dan dimaklumkan diserahkan kepada wakil sebuah badan kebajikan kerana keliru dengan nama kedua-duanya yang hampir sama.

"Pihak hospital kemudian menghubungi pengurusan rumah kebajikan itu dan mereka memaklumkan mayat terbabit sudah dibakar.

"Pihak hospital sudah menyerahkan abu mayat lelaki mualaf itu kepada kami, kira-kira jam 12 tengah hari, hari ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang," katanya.

Katanya, satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, jurucakap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menyemak status kes ini dan akan memaklumkan perkembangan lanjut mengenainya sebaik mendapat maklumat lengkap berhubung kejadian itu.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rG78am

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.