Kompilasi dialog terbaru geng-geng Skim Cepat Kaya
Ramai orang tanya Pak Teh, Investment A ni ok ke? Investment B ni boleh percaya ke? Investment C ni agak-agak betul ke ke?
Jawapan saya: Kalau penganjur atau ejen yang mempromosi tu rasa boleh dapat untung besar, takkan dia ajak orang lain melabur sama. Baik dia diam-diam pinjam duit bank banyak-banyak pergi labur sendiri.
Skim Cepat Kaya terdiri daripada pelbagai jenis namun mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.
INGAT – Pelaburan atau perniagaan yang menjanjikan keuntungan tetap, itu RIBA! HARAM di sisi Islam.
Walau cantik macam mana pun penerangan syarikat, atau nampak ‘logik’ pulangan bulanan yang diberikan, itu semua bohong. Mereka cuma pusing duit pelabur baru untuk bayar pelabur lama. Inilah namanya skim ponzi.
Sasaran mereka golongan kerja kerajaan (cikgu terutamanya) kerana mudah buat
personal loan . Jenis suka duduk saja serta selalu update Facebook komplen tak cukup duit juga adalah sasaran mereka.
Berhati-hati. Penganjur dan ejen-ejen pengutip deposit ini juga bukan calang-calang orang. Mereka kelihatan sungguh profesional, pandai berhujah dan penuh ilmu agama di dada.
Macam biasa, bila ditegur mula keluar hadis bagai kononnya kata kita dengki.
Antara dialog-dialog terbaru bagi cubaan ‘menghalalkan’ skim pelaburan mereka:
#1 – “Tengok syarikat kami, guna akaun Bank Islam. Takkan Bank Islam boleh izinkan kami buka akaun dengan Bank Islam kalau kami jalankan skim cepat kaya?”
–Bank-bank di Malaysia adalah organisasi perniagaan dan berorientasi keuntungan, bukan penguatkuasa undang-undang.
#2 – “Tengok syarikat kami, masuk bilboard dekat New York Times Square. Syarikat ni memang besar. Takkan tak percaya lagi?”
–Setakat billboard di New York Times Square tu, bayar saja jika nak letak iklan.
#3 – “Tengok syarikat kami, masuk iklan TVAlhijrah. Takkan TVAlhijrah boleh izinkan kami beriklan kalau kami jalankan skim cepat kaya?”
–Sama seperti di atas
#4 – “Tengok syarikat kami, siap masuk suratkhabar, muka depan lagi. Takkan tak percaya lagi?”
–Sama seperti di atas
#5 – “Tengok syarikat kami, siap masuk Ekspo Antarabangsa! Takkan ini bisnes cap ayam?”
–Sama seperti di atas
#6 – “Tengok syarikat kami, berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, takkan kami ni penipu.”
— Restoran mamak pun berdaftar dengan SSM. Tanya balik soalan ini; Ada tak Bank Negara beri lesen dekat syarikat kamu untuk kutip duit orang ramai?
#7 – “Tengok, yang join skim ni bukan calang-calang orang. Artis, Profesor, Datuk, Tan Sri, … lawyer, doktor, polis, ketua kampung… Tak percaya lagi?”
—Ini tidak membuktikan skim itu sah dan halal. Berhati-hati. Mereka akan sering menjaja nama-nama orang kenamaan, tokoh atau personaliti yang hebat dan berpengaruh bagi meyakinkan pelabur.
#8 – “Takut? Kami sediakan perjanjian jual beli (agreement) dengan mati setem dekat LHDN, tak percaya juga lagi?”
—Bila masa agreement yang siap mati setem dekat LHDN boleh menjamin sesuatu urusniaga itu sah dan bukan menipu? Kesian korang. Stamping ni membolehkan kontrak / agreement tersebut mempunyai nilai dari sudut undang-undang dan untuk membolehkan ianya diterima sebagai bahan bukti di Mahkamah, itu saja.
#9 – “Oh senarai hitam Bank Negara Malaysia itu adalah kerja pihak ketiga yang dengki dan ingin sabotaj business kami. Big bos sedang bersihkan nama dengan BNM dengan big bos BNM dan dapatkan sokongan orang kenamaan dalam kerajaan”.
—Bank Negara Malaysia ada polisi dan prosedur khas membuat siasatan, bukan main tangkap muat.
InshaAllah, kami akan tambah dialog-dialog ini dari semasa ke semasa.
Bagi senarai syarikat / pelaburan yang telah dimasukkan dalam pemerhatian Bank Negara Malaysia sila rujuk sini.
Mengikut research tim MajalahLabur, ini adalah senarai “tidak rasmi” skim-skim cepat kaya atau ponzi yang popular dan masih aktif untuk tahun 2017 (kami pasti ada banyak lagi di luar sana):
NOTA KAKI : Geng skim cepat kaya yang lain akan share posting ni di wall mereka bagi ‘menghalalkan’ skim yang sedang mereka promosikan.
Jika anda rasa penulisan ini memberi kesedaran dan manfaat kepada anda, haruslah dikongsikan bersama orang lain agar ianya tersebar luas dan dapat manfaat bersama.
Kredit Sumber Entri : Majalah Labur
Jawapan saya: Kalau penganjur atau ejen yang mempromosi tu rasa boleh dapat untung besar, takkan dia ajak orang lain melabur sama. Baik dia diam-diam pinjam duit bank banyak-banyak pergi labur sendiri.
Skim Cepat Kaya terdiri daripada pelbagai jenis namun mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.
Jika pulangannya dijamin dan untung yang diberi berbentuk bulanan, tidak sebut langsung perkataan RUGI, itu adalah signal terbesar Skim Cepat Kaya.
INGAT – Pelaburan atau perniagaan yang menjanjikan keuntungan tetap, itu RIBA! HARAM di sisi Islam.
Sasaran mereka golongan kerja kerajaan (cikgu terutamanya) kerana mudah buat
personal loan . Jenis suka duduk saja serta selalu update Facebook komplen tak cukup duit juga adalah sasaran mereka.
Berhati-hati. Penganjur dan ejen-ejen pengutip deposit ini juga bukan calang-calang orang. Mereka kelihatan sungguh profesional, pandai berhujah dan penuh ilmu agama di dada.
Macam biasa, bila ditegur mula keluar hadis bagai kononnya kata kita dengki.
Antara dialog-dialog terbaru bagi cubaan ‘menghalalkan’ skim pelaburan mereka:
#1 – “Tengok syarikat kami, guna akaun Bank Islam. Takkan Bank Islam boleh izinkan kami buka akaun dengan Bank Islam kalau kami jalankan skim cepat kaya?”
–Bank-bank di Malaysia adalah organisasi perniagaan dan berorientasi keuntungan, bukan penguatkuasa undang-undang.
#2 – “Tengok syarikat kami, masuk bilboard dekat New York Times Square. Syarikat ni memang besar. Takkan tak percaya lagi?”
–Setakat billboard di New York Times Square tu, bayar saja jika nak letak iklan.
#3 – “Tengok syarikat kami, masuk iklan TVAlhijrah. Takkan TVAlhijrah boleh izinkan kami beriklan kalau kami jalankan skim cepat kaya?”
–Sama seperti di atas
#4 – “Tengok syarikat kami, siap masuk suratkhabar, muka depan lagi. Takkan tak percaya lagi?”
–Sama seperti di atas
#5 – “Tengok syarikat kami, siap masuk Ekspo Antarabangsa! Takkan ini bisnes cap ayam?”
–Sama seperti di atas
#6 – “Tengok syarikat kami, berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, takkan kami ni penipu.”
— Restoran mamak pun berdaftar dengan SSM. Tanya balik soalan ini; Ada tak Bank Negara beri lesen dekat syarikat kamu untuk kutip duit orang ramai?
#7 – “Tengok, yang join skim ni bukan calang-calang orang. Artis, Profesor, Datuk, Tan Sri, … lawyer, doktor, polis, ketua kampung… Tak percaya lagi?”
—Ini tidak membuktikan skim itu sah dan halal. Berhati-hati. Mereka akan sering menjaja nama-nama orang kenamaan, tokoh atau personaliti yang hebat dan berpengaruh bagi meyakinkan pelabur.
#8 – “Takut? Kami sediakan perjanjian jual beli (agreement) dengan mati setem dekat LHDN, tak percaya juga lagi?”
—Bila masa agreement yang siap mati setem dekat LHDN boleh menjamin sesuatu urusniaga itu sah dan bukan menipu? Kesian korang. Stamping ni membolehkan kontrak / agreement tersebut mempunyai nilai dari sudut undang-undang dan untuk membolehkan ianya diterima sebagai bahan bukti di Mahkamah, itu saja.
#9 – “Oh senarai hitam Bank Negara Malaysia itu adalah kerja pihak ketiga yang dengki dan ingin sabotaj business kami. Big bos sedang bersihkan nama dengan BNM dengan big bos BNM dan dapatkan sokongan orang kenamaan dalam kerajaan”.
—Bank Negara Malaysia ada polisi dan prosedur khas membuat siasatan, bukan main tangkap muat.
InshaAllah, kami akan tambah dialog-dialog ini dari semasa ke semasa.
Bagi senarai syarikat / pelaburan yang telah dimasukkan dalam pemerhatian Bank Negara Malaysia sila rujuk sini.
Mengikut research tim MajalahLabur, ini adalah senarai “tidak rasmi” skim-skim cepat kaya atau ponzi yang popular dan masih aktif untuk tahun 2017 (kami pasti ada banyak lagi di luar sana):
- Kongsimakan
- Mface
- Zenith Gold
- MonSpace
- FXUnited
- ARBA Network / Classic Worldwide Corporation (CWC)
- Bitkingdom
- Mymi1
- Dinar Dirham
- VenusFX
- iTijari – Global Tijari Holding Berhad (GTHB)
- AGRCarTrade
- Eurobits
- MYM Programme
- PTM4U
- Water Beaute World Berhad (WBW)
NOTA KAKI : Geng skim cepat kaya yang lain akan share posting ni di wall mereka bagi ‘menghalalkan’ skim yang sedang mereka promosikan.
Jika anda rasa penulisan ini memberi kesedaran dan manfaat kepada anda, haruslah dikongsikan bersama orang lain agar ianya tersebar luas dan dapat manfaat bersama.
Kredit Sumber Entri : Majalah Labur
✍ Sumber Pautan : ☕ Blog Azzahairi
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qUTCvg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment