Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib Sertai Warga Kota Berbuka Puasa Di Dataran Merdeka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib Sertai Warga Kota Berbuka Puasa Di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini meluangkan masa bersama lebih 4,000 warga kota berbuka puasa di Dataran Merdeka pada majlis program [email protected] 2017.

Najib yang duduk bersila beralaskan tikar menjamah hidangan nasi beriyani di dalam pek selain bubur lambuk dan kurma.

Pada majlis itu, beliau yang berbaju Melayu merah dsan berkain pelikat turut mengagihkan bubur lambuk kepada hadirin.

Najib kemudiannya menyertai jemaah lain menunaikan solat Maghrib di padang berhampiran yang diimamkan Sheikh Mohd Idris Al-Masyrafi dari Makkah.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

[email protected] 2017 diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Ramadan di Jalan Raja berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad bermula semalam hingga 18 Jun ini.

Sebanyak 16 aktiviti dilaksana dengan penyertaan kira-kira 300 sukarelawan pada [email protected] 2017 kali ini antaranya Tadarus al-Quran, Klinik Tahsin al-Quran, kaunter zakat, jualan melalui trak makanan, Bicara Ramadan, Pameran Pelancongan Islam dan Konsert Ramadan.

Program yang diadakan sejak 2012 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) itu bukan sahaja melibatkan acara berbuka, malah turut diadakan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih selain aktiviti penyediaan bubur lambuk.

Pelancong asing juga dilihat mengambil peluang merasai pengalaman berbuka puasa di kawasan ikonik itu. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s78z1Z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.