Arwah Tidak Mencabul, Cuma Tersalah Masuk Tandas. Setelah Melihat Rakaman CCTV, Arwah Mundar Mandir Kerana Nak Cepat
Arwah Tidak Mencabul, Cuma Tersalah Masuk Tandas-saksi|Adik kepada suspek yang meninggal dunia selepas dipukul orang awam kerana disyaki mencabul seorang wanita di bangunan menjual peralatan komputer dan telefon bimbit di Jalan Putra meminta pihak polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kematian abangnya itu.
Adik mangsa yang dikenali sebagai Fizah, 20, berkata kejadian ini tidak patut berlaku memandangkan abangnya (suspek) berusia 31 tahun tidak diberi peluang untuk membela diri dan menjelaskan apa sebanarnya yang berlaku.
“Sejak malam tadi doktor memberitahu abang tidak mempunyai harapan untuk diselamatkan kerana otaknya sudah mati.katanya.
“Kami sangat mengharapkan abang dapat kembali pulih bagi menerangkan kejadian sebenar, tetapi Allah lebih sayangkan abang,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) hari ini.
Fizah berkata, Allahyarham adalah anak ke-4 dari 7 beradik. Arwah menghembuskan nafas terakhir di zon merah HSB tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Ahad lalu, seorang lelaki dipukul oleh orang awam selepas dipercayai cuba mencabul seorang wanita di dalam tandas premis tersebut.
Suspek bagaimanapun gagal melarikan diri selepas wanita terbabit menjerit dan meronta sebelum suspek ditahan dan dipukul oleh orang awam yang berada di premis itu.
Bagaimanapun sehingga kini Polis sedang memburu lima lagi suspek berhubung kes berkenanaan.
IBU SUSPEK KES CABUL YANG DIBELASAH SEHINGGA MATI AKHIRNYA TAMPIL BERI PENJELASAN
Ibu Suspek Kes Cabul Yang Dibelasah Sehingga Mati Akhirnya Tampil Beri PenjelasanBaru-baru ini viral beberapa rakaman video seorang lelaki dipukul oleh beberapa orang awam. Lelaki yang dibelasah orang awam itu dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita di sebuah pusat membeli belah di Alor Setar, Kedah.
Paling mengejutkan adalah lelaki yang dipukul itu telah meninggal dunia setelah koma dari Ahad lalu.
Lelaki yang koma selepas dibelasah di kompleks beli-belah di Jalan Putra, Alor Setar, Ahad lalu kerana didakwa mencabul wanita dalam tandas meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), 12.30 tengah hari, hari ini.
Kes Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan kematian lelaki berusia 30 tahun itu dan berkata kes itu kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Lima individu termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20 tahun ditahan hari ini di Alor Setar berdasarkan gambar mereka dalam video yang ditularkan dalam media sosial.
“Terdapat lagi individu yang masih dikesan dan kita minta mereka serah diri segera. Suspek yang ditahan dijangka akan direman hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya hari ini.
Dalam kejadian 4 petang itu, lelaki terbabit didakwa cuba memeluk wanita berusia 21 tahun dari depan dengan menekup mulut mangsa sebelum wanita itu menggigit tangannya tetapi ditumbuk di perut.
Bagaimanapun, kejadian itu disedari beberapa individu yang berada di luar tandas selepas terdengar jeritan mangsa menyebabkan lelaki itu dibawa ke tingkat bawah bangunan dan dibelasah.
Lelaki terbabit kemudian diserahkan kepada anggota Unit Peronda Polis (MPV) sebelum membawanya ke HSB untuk mendapatkan rawatan.
Ketika itu, dia berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Zon Merah HSB akibat kecederaan parah di kepala.
Sampai Hati Depa Pukul Anak Mak CikMemetik laporan Harian Metro, ibu suspek bernama Rusni Saad, 58, tidak menyangka orang ramai tergamak membelasah anaknya sebegitu rupa kerana dia memahami perangai anaknya.
“Sampai hati depa (mereka) pukul anak mak cik. Kalau betul dia salah, serah saja pada polis bukannya pukul sampai mati. Mak cik tak boleh terima apa yang mereka buat sehingga anak diperlakukan seperti yang dilihat dalam rakaman video itu,” ujar Rusni ketika ditemui.Dia turut memberitahu bahawa anak-anaknya yang lain telah melihat rakaman video yang menunjukkan anaknya dibelasah kerana dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita adalah satu salah faham.
Sumber:Padulah/Hmetro
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sDUiX9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment