Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tunku Mahkota Johor tanggung kos pembedahan anak pemain Perlis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tunku Mahkota Johor tanggung kos pembedahan anak pemain Perlis

Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) mengucapkan terima kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana membantu keluarga pemain Perlis, Mohd. Alafi Mahmud.

Tunku Mahkota Johor tanggung kos pembedahan anak pemain Perlis

Tunku Mahkota Johor tanggung kos pembedahan anak pemain Perlis

PFAM dalam satu kenyataan berkata, Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersetuju menampung keseluruhan kos pembedahan pertama anak Mohd. Alafi, Adra Medina yang berusia dua bulan selepas disahkan menghidap penyakit jantung berlubang.

“Menjunjung kasih diucapkan kepada Tunku Mahkota Johor kerana sudi menampung keseluruhan kos pembedahan pertama Adra Medina yang dijadualkan pada 10 Jun ini di Institut Jantung Negara (IJN),” kata kenyataan itu hari ini.

 

Tunku Ismail juga merupakan pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT)

PFAM sebelum ini memohon bantuan orang ramai membantu Mohd. Alafi yang memerlukan wang sebanyak RM100,000 bagi menampung kos pembedahan tersebut.

PFAM turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma yang memberi sumbangan kepada Adra Medina melalui persatuan tersebut.

“Untuk makluman, PFAM juga menutup kutipan ini oleh kerana dana yang dikumpulkan sudah mencukupi.

“Sebarang sumbangan selepas ini boleh terus disalurkan kepada akaun peribadi Mohd. Alafi,” kata kenyataan itu.

Sumber: Mynewshub.cc

 



Sumber Tunku Mahkota Johor tanggung kos pembedahan anak pemain Perlis

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ryVgVi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.