Hi! Welcome Back and Stay Tune! Comelnya! Abby Abadi dan Norman Hakim usik-mengusik di IG - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Comelnya! Abby Abadi dan Norman Hakim usik-mengusik di IG

MESKIPUN sudah beberapa tahun bercerai, Norman Hakim dan Abby Abadi masih mengekalkan hubungan yang baik antara satu sama lain, apatah lagi mereka berkongsi tiga orang cahaya mata hasil perkahwinan mereka dahulu.

Comelnya! Abby Abadi dan Norman Hakim usik-mengusik di IG

Comelnya! Abby Abadi dan Norman Hakim usik-mengusik di IG

 

Ini terbukti apabila Norman dan Abby saling berbalas-balas komen mengusik satu sama lain di media sosial, terutama sekali posting yang berkenaan dengan anak-anak mereka.

Dua hari lalu, Norman telah memuat naik gambar dua anaknya iaitu Mohammad Danish Hakim dan Marissa Damia Hakim.

Dalam gambar itu, Norman menulis bahawa dia amat merindui kedua-dua anaknya yang kini bersekolah di maahad tahfiz.

 

“Kepulangan yang dinanti ❤️. Bukan senang diorang berdua nak dapat cuti sekali serentak. Kalau dapat pun, tak sampai 12 jam. Tu pun dah syukur sesangat. Tapi start lepas tengahari esok, dua2 dapat cuti raya serentak in shaa allah jangkaan cuti dekat2 dua minggu mcm tu. Papa dah tak sabar sangat nak ‘spinning gasing’ korang berdua nih. Walaupun korang berdua dah melampai nak sama dekat papa dah, tapi kat hati papa korang tetap baby dalam dukungan yang papa azankan 14 tahun & 12 tahun dulu & akan sampai bila2 macam tu. I ❤️ both of u so much @danishhakim_243 @marissa_dania_hakim. Rasa lambat sangat masa ni bergerak nak tunggu sampai lepas tengahari esok!🕺,” tulis Norman di dalam kapsyen gambar tersebut.

Comel! Abby Dan Norman Usik-Mengusik Di IG

Tiba-tiba, Abby Abadi turut ‘menyelit’ di ruangan komen dengan mengusik bekas suaminya itu.

“@abby_abadi112: Lepas Papa azankan dulu, Papa gi mana @normanhakim_786? Hihi 😝😹

“@normanhakim_786: @abby_abadi112 aiii budak nih! Lama tak kena babap niii 👹

“@abby_abadi112: @normanhakim_786 sy nk bajuuuuuuu elrahhhh laaa… Jai & Danish takde baju lagi…. tolonglahhhh 😬😜

“@normanhakim_786: @abby_abadi112 PM tepi bok”

Comel! Abby Dan Norman Usik-Mengusik Di IG

Kemesraan Abby dan Norman itu menerima pujian oleh netizen yang kagum melihat bagaimana bekas suami isteri ini berinteraksi meskipun sudah tiada lagi ikatan rasmi, di samping memuji cara mereka mendidik anak-anak mereka.

Tidak kurang juga, ada yang turut memuji isteri kedua Norman, pelakon Memey Suhaiza kerana berjaya menjadi ibu tiri yang sangat baik melayan anak-anak tirinya.

“@umishamilla: Kasih syg ank2 byk pd papanya…tp syukur norman dgn memey pndai didik..subhanaAllahh..ank pyejuk mt..pyeri dlm satu umahtngga..doakn yg tbaik..nti ‘hero’ norman tu lg kacak dr papanyaaa..”

“@doublesgadget: Syukur tengok papa n mama diorang walaupun dah berpisah tapi baik je demi anak.. boleh dijadikan contoh.. yang berlalu biar berlalu..☺”

“@masflowerz: comel anak kak abby dan abg norman..dah besar..pndai kak abby n fmly didik anak menjaga aurat dan pndai mengaji..syukur n happy saya tgok..nama ciri2 anak yg soleh dan solehah.”

“@eleeeeenn_lee: Tahniah pada dik @memeysuhaiza sb berjaya jd ibu yg baik pd smua anak2..x smua ibu tiri punya hati yg baik mcm adik..God bless u and all ur family..”

“@julietkelen: Comel la abg @normanhakim_786 & sis @abby_abadi112 ! Walaupun dah tak bersama tpi sentiasa positif n be friend!❤❤💙💙💙💚💛💜 Both of u cool! Hope abg @normanhakim_786 & kak memey till jannah n persahabatan ngan kak @abby_abadi112 also till jannah. Love three of u much2 😙😙😙😙

Seronok lihat kerukunan keluarga Abby, Norman dan Memey ni. Cara mereka membesarkan anak-anak mereka penuh bertolak ansur dan dengan sepenuh kasih sayang.

Meskipun Abby dan Norman sudah berpisah, namun itu tidak bermakna mereka tidak boleh kekal bersahabat, kan? Semoga hubungan baik bekas pasangan suami isteri ini boleh menjadi teladan kepada mereka yang mengalami situasi yang sama dalam keluarga.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber Comelnya! Abby Abadi dan Norman Hakim usik-mengusik di IG

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sUkNuR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.