Jom Lihat Bandar Hantu Di Penghujung Dunia
Pyramiden adalah sebuah bandar di Lautan Artik, yang terletak di Kepulauan Svalbard, Norway. Bandar ini pun digelar 'ghost town at the end of earth' atau bandar hantu di hujung dunia. Beginilah keadaannya!
Pyramiden, nama tersebut berasal dari sebuah gunung di sana yang bentuknya seperti piramid. Tapi bukan itu yang jadi daya tariknya. Pyramiden disebut-sebut sebagai bandar di hujung Planet Bumi.
Dipetik dari News Australia, lokasi Pyramiden sangat hampir dengan Kutub Utara, jaraknya hanya 130 km sahaja. Bandar ini mula diduduki penduduk tahun 1910 oleh Sweden. Namun, kemudian negara tersebut menjualnya ke Kesatuan Soviet pada tahun 1927.
Pyramiden bukanlah hanya sebuah bandar saja. Di sini ditemui lombong batu arang yang banyak, dan dibangun oleh perlombongan arang batu milik Soviet. Tetapi, lombongg batu arang di sana diberhenti dan ditinggalkan penduduknya pada tahun 1998.
Sejak itulah, Pyramiden bagaikan sebuah kota mati. Perumahan dan bangunan-bangunan di sana tidak ada lagi yang tinggal. Beberapa banggunannya telah runtuh.
Meskipun begitu, masih ada beberapa orang yang tinggal di Pyramiden. Bahkan, di sana juga terdapat seorang pemandu pelancong. Yang, kini bandar lombong batu arang tersebut menjadi destinasi pelancongan!
Pelancong boleh datang dan melewati Pyramiden. Di sebalik bangunan-bangunan dan perumahan di sana, terpampang pemandangan cantik. Bandar ini dikelilingi oleh gunung salji dan sering diselubungi awan tebal.
Namun, ada satu larangan keras bagi para pelancong. Mereka tidak dibenarkan memasuki bangunan atau bangunan lain tanpa izin pemandu. Jadi, bagi anda yang melancong ke sana dilarang masuk ke bangunan atau rumah-rumah sesuka hati. Pekara ini demi alasan keselamatan.
Tahun 2013 ini, jumlah kunjungan pelancong ke Pyramiden mengalami peningkatan drastik. Bahkan, sebuah hotel di sana bakal kembali dibuka untuk pelancong tanpa mengubah bagunan asalnya. Jika ingin ke Pyramiden anda boleh melalui Longyearbyen, ibu negara Svalbard.
Selamat datang di Pyramiden, bandar mati di hujung dunia ini!
✍ Sumber Pautan : ☕ dairishare
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sZEUbM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment