Hi! Welcome Back and Stay Tune! Panglima Tentera M’sia-Indonesia Bincang Keselamatan Sempadan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Panglima Tentera M’sia-Indonesia Bincang Keselamatan Sempadan

LIMBANG – Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw ketika melakukan lawatan kerja ke Pos Ba’Kelalan di sini sempat berbincang dengan Mayor Jenderal TNI Sonhadji, Pandam VI/Mulawarman (MLW) berkaitan soal keselamatan di sempadan.

Antara yang dibincangkan ialah usaha untuk mengeratkan hubungan bersama tentera Malaysia dan Indonesia dalam memastikan keselamatan di sempadan sentiasa terjamin.

Stephen berkata keadaaan keselamatan di sempadan adalah terkawal dan dalam keadaan baik menjelang Aidilfitri ini.

Terdahulu, Stephen mengadakan lawatan ke Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) di Pos Ba’Kelalan bagi meninjau dan melihat pelaksanaan operasi serta menyampaikan sumbangan kuih raya daripada kerajaan negeri kepada anggota tentera di kawasan operasi itu.

Turut hadir sepanjang lawatan itu ialah Panglima Briged ke-9 Infantri Malaysia Brigadier Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa.

– BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rYnEPr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.