Hi! Welcome Back and Stay Tune! SYED HAMID TERKEJUT PELANTIKAN ISA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SYED HAMID TERKEJUT PELANTIKAN ISA

TAN Sri Syed Hamid Albar menganggap pelantikan bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) amat mengejutkannya.

Beliau yang telah bersara daripada jawatan Pengerusi SPAD bermula 3 Jun lalu, percaya keputusan dibuat kerajaan itu akan mencetuskan satu lagi isu kontroversi terbaru.

“Saya rasa terkejut, sama seperti apa yang dirasai oleh semua rakyat,” kata Syed Hamid kepada Sin Chew Daily.

Bagaimana pun, kata Syed Hamid, kuasa melantik Mohd Isa adalah terletak pada tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau percaya perdana menteri telah memikir sedalam-dalamnya sebelum mengumumkan pelantikan tersebut.

“Perdana menteri adalah seorang pemimpin politik yang berpengalaman. Beliau sudah berkecimpung dalam dunia politik lebih daripada 40 tahun dan sudah memegang jawatan perdana menteri selama tujuh tahun. Beliau tentu yakin Isa adalah calon yang sesuai,” jelas Syed Hamid.

Beliau tidak ingin mengulas lanjut sama ada pelantikan Mohd Isa itu tepat atau tidak namun mendoakan beliau agar dapat menjalankan tugas dengan baik.

Ditanya mengenai harapan terhadap Isa, Syed Hamid berkata, beliau sukar memberikan jawapan tepat kerana Mohd Isa masih belum memulakan tugasnya.

“Bagaimana pun SPAD telah mengeluarkan kenyataan dengan menyambut baik pelantikan beliau. Saya harap Mohd Isa dapat memimpin SPAD dengan lebih baik kerana SPAD telah mempunyai nama yang baik di peringkat antarabangsa,” kata Syed Hamid lagi.

Jamin barangan makanan tiada GST

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani memberi jaminan beliau tidak akan mencadangkan kepada Kabinet untuk mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas 60 lagi barangan makanan.

“Saya berpendapat tidak perlu lagi menambahkan barangan untuk dikenakan GST. Sebenarnya jumlah cukai ke atas barangan makanan adalah kecil. Kenapa perlu memeningkan kepala rakyat. Tak payah ( kenakan GST) lah !” kata Johari ketika memberitahu Sin Chew Daily.

Johari mengakui beliau sendiri tidak tahu-menahu keputusan Jabatan Kastam yang memuat naik di laman web mengenai pelaksanaan cukai enam peratus GST ke atas barangan makanan itu mulai 1 Julai

“Saya telah memberitahu Jabatan Kastam bahawa mana-mana isu berkaitan dengan GST perlu memaklumkan kepada Kementerian Kewangan terlebih dulu agar ia dapat dibincang dalam jemaah Kabinet. Sebarang pengenaan cukai GST terhadap mana-mana barangan baru perlu melalui kelulusan Kabinet,” katanya.

Tender HSR KL-Singapura makin sengit

China kini dilaporkan menerima saingan sengit dari Jepun untuk mendapatkan tender pembinaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Menurut sebuah portal berita daripada China, iaitu Caixin.com, Jepun dikatakan mempunyai peluang cerah untuk menepikan China yang sebelum ini diura-ura akan dipilih oleh Kerajaan Malaysia untuk menjalankan projek landasan sejauh 350 kilometer itu.

Kerajaan Malaysia dan Singapura dijangka memulakan kerja penilaian tender pada suku keempat tahun ini.

“Ketika ini, selain China dan Jepun, negara-negara lain yang turut menyertai tender ini ialah Korea, Perancis dan Jerman. Namun Jepun kini dipercayai mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan negara-negara lain,” tulis portal ini.

Antara sebab Jepun mampu mengatasi negara-negara lain, kata portal ini lagi, ialah kualiti pembinaan landasan negara ini jauh lebih baik dan mampu bertahan lama seperti yang terbukti di dalam negara mereka sendiri.

Pada hujung tahun lalu, Malaysia dan Singapura menandatangani perjanjian dua hala yang memberi laluan kepada pelaksanaan HSR Kuala Lumpur-Singapura, dan akan mengurangkan masa perjalanan antara dua bandar itu kepada hanya 90 minit.

Perjanjian itu meliputi aspek teknikal, keselamatan dan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) berhubung HSR.

Malaysia dan Singapura komited dengan tarikh akhir projek itu pada 2026. Landasan keret api itu melibatkan lapan hentian iaitu Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Singapura.

– SH

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rFKyvx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.