Hi! Welcome Back and Stay Tune! MENGAKU AHLI UMNO, ZARUL TAK AKAN SAMAN RAHMAN DAHLAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MENGAKU AHLI UMNO, ZARUL TAK AKAN SAMAN RAHMAN DAHLAN

Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan telah ‘menyerang’ Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd, firma yang dianugerahkan projek tiga jalan utama dan terowong bawah laut di Pulau Pinang buat kali ketujuh.

Namun, firma itu tidak akan menyaman menteri di jabatan perdana menteri itu, kata pengerusinya, Datuk Zarul Ahmad Zulkifly.

“Saya beretika. Saya ahli Umno dan tidak akan menyaman ahli Umno yang lain, saya tidak berbuat demikian,” kata Zarul dalam sidang akhbar bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Zarul berkata, beliau adalah ahli Umno yang aktif di cawangan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Jelas Zarul, pihaknya menyedari Rahman yang merupakan ketua pasukan komunikasi strategik BN mengkritik projek berkenaan pada 10 Mei, 21 Mei, 24 Mei, 9 Jun dan 26 Julai tahun lepas.

“Kami telah memberi maklum balas atas isu-isu yang dibangkitkannya berulang kali, tetapi beliau terus menyerang,” keluh Zarul.

“Saya peniaga Bumiputera yang tulen, saya tidak lakukan perniagaan Alibaba, jadi saya berasa sangat terluka apabila beliau (Rahman) berbuat demikian,” tambah Zarul.
“Kenapa tak henti-henti menyerang saya, apa salah yang saya buat kepadanya,?” soal Zarul.

Zarul merujuk kepada sidang akhbar Rahman pada Selasa yang lalu dengan memetik surat dari Lembaga Jurutera Persekutuan (BEM) bagi menyokong dakwaan Pulau Pinang membayar empat kali lebih tinggi daripada kadar diwartakan maksimum untuk yuran reka bentuk terperinci tiga jalan yang dikaitkan dengan Terowong bawah laut.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rFzte6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.