Masjid liberal benarkan makmum lelaki dan wanita bercampur dikecam
Sebuah masjid “liberal,” membenarkan makmum lelaki dan wanita bercampur, dirancang di sini ketika idea ini mendapat kecaman ramai orang Islam.
Masjid An-Nisa’, atau wanita, juga mesra golongan makmum yang berorientasi seks lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), lapor portal The Local kelmarin.
“Saya mahu memulakan masjid feminis yang membolehkan ruang wanita seperti juga kaum lelaki,” kata aktivis Thee Yezen al-Obaide.
“Lelaki dan wanita boleh menjadi imam dan semua jantina boleh sama-sama bersolat di ruang bilik yang sama.”
Al-Obaide, yang menggerakkan rangkaian gay beragama Islam di Norway, merancang membina masjid yang boleh menerima semua, termasuk LGBT.
Jumaat lalu, masjid Ibnu Rushd-Goethe di Berlin membenarkan jemaah lelaki dan wanita bersolat bersebelahan selain berimamkan seorang wanita.
Diasaskan oleh tujuh individu, masjid ke-88 di ibu negara Jerman terletak di tingkat tiga sebuah bangunan gereja Protestan, lapor AFP.
Semua penganut mazhab Islam, termasuk Syiah, sufi dan Alawi, dibenarkan bersolat di sini. Golongan gay dan lesbian juga diizinkan beribadat.
Namun amalan luar biasa dan mengejutkan ini mendapat kritikan keras umat Islam di luar negara itu yang menganggapnya bertentangan dengan agama.
Akhbar di Turki dan Pakistan mempertikai amalan itu, masing-masing menyifatkan ia “tidak masuk akal” dan imam wanita tidak berhijab, lapor Deutsche Welle (DW).
Pembaca media Jerman itu melepas geram mereka di media sosial dengan menganggap masjid “liberal” cuba “mencipta agama baru”.
“Mereka ini tidak mengikut ajaran agama Nabi. Mereka tidak faham apa itu agama. Alangkah bebalnya,” kata seorang lagi pembaca DW, sebuah portal utama di Berlin.
Edisi Arab laporan berita DW berhubung masjid Berlin itu mengundang rasa berang pembaca yang menyifatkan ia bercanggah dengan Islam.
Editor media sosial portal itu Tarek Anegay berkata imam wanita masih tidak boleh diterima orang Islam dan ia dianggap usaha “meliberalkan” agama itu.
Mereka melihat masjid di Berlin itu satu konspirasi Barat terhadap Islam dan langkah melentur agama tersebut mengikut acuan Eropah, tambahnya.
Berita itu mendapat 1.7 juta klik dalam tempoh beberapa hari hingga Isnin lepas dan 15,000 ulasan pembaca tetapi “banyak terpaksa dipadam,” kata Anegay lagi.
Badan agama Mesir menyifatkan campur aduk makmum lelaki dan wanita tidak boleh dibenarkan kerana ia bercanggah dengan Islam, lapor DW semalam.
Beberapa mufti di Malaysia juga dilaporkan membantah projek masjid “liberal” itu. Bagi lelaki yang berimamkan wanita, solat jemaahnya tidak sah, kata mereka.
Namun seorang imam wanita di Denmark berasa lega tidak meneruskan niatnya membina masjid yang mengizinkan makmum lelaki dan wanita bercampur.
Sherin Khankan, imam Masjid Maryam di Copenhagen, asalnya berhasrat begitu tetapi majoriti mahu masjid wanita sahaja seperti yang dilaksanakannya kini.
“Hari ini saya senang hati dengan keputusan itu kerana apabila anda cuba lakukan perubahan, adalah penting anda lakukan dengan matang dan bertahap-tahap,” katanya, Ogos lalu.
Masjid untuk wanita sahaja banyak dibina di China, sejak berdekad-dekad lalu.
Menurut The Local, masjid-masjid wanita kini dibina di Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Belgium dan Denmark.
Sumber: Projek MMO
Sumber Masjid liberal benarkan makmum lelaki dan wanita bercampur dikecam
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sYvEEs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment