Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guru wanita dan anak lelaki maut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guru wanita dan anak lelaki maut

Guru wanita dan anak lelaki maut|Guru wanita dan anak lelakinya maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 50 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Batu 29, Sungai Tong, dekat Permaisuri kira-kira 1 tengah hari, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Toyota yang dinaiki mangsa tiga beranak masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan pacuan empat roda jenis Isuzu berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 29.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, dalam kemalangan itu, Noraida Jalil, 37, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Langkap dan anak lelakinya, Ahmad Zahirruddin Ahmad Zaini, 8, maut di tempat kejadian.

“Seorang lagi anak lelaki mangsa berusia lima tahun yang turut menaiki kenderaan itu parah dan masih menerima rawatan di Hospital Setiu.

“Pacuan empat roda itu dinaiki enam orang termasuk pemandu kenderaan,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Setiu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, seorang kenalan mangsa memaklumkan arwah adalah guru pendidikan khas di sekolah itu dan baru sahaja bertugas di situ kira-kira enam bulan lalu.

The post Guru wanita dan anak lelaki maut appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rYEuhe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.