Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Tumpaskan Sindiket Curi Diesel Di Sekitar JB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Tumpaskan Sindiket Curi Diesel Di Sekitar JB

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata penahanan dilakukan selepas polis bertindak atas maklumat berkaitan jenayah berkenaan.

“Penahanan pertama dilakukan pada 11.30 malam, Isnin lepas terhadap seorang lelaki berumur 36 tahun yang berada di dalam sebuah kereta Proton Perdana di hadapan sebuah rumah di Taman Dewan Jaya, di sini,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mohd Taib berkata pemeriksaan mendapati nombor plat Proton Perdana tersebut adalah palsu dan sebenarnya adalah nombor plat sebuah kereta Peugeot 308.

Beliau berkata polis menahan lelaki terbabit bersama Proton Perdana berkenaan dan siasatan lanjut mendedahkan lelaki itu terlibat dalam beberapa kecurian diesel daripada tangki lori yang diletakkan pemiliknya di sekitar bandar raya ini.

Katanya, susulan penahanan berkenaan, polis kemudian berjaya menahan dua lagi lelaki di belakang sebuah bengkel kereta di Larkin, keesokan harinya, yang dipercayai turut terlibat dengan kegiatan sama.

“Polis menemui empat paket syabu di dalam seluar kedua-dua lelaki berumur 30 dan 34 tahun itu dan peralatan menyedut diesel berserta tangki simpanan minyak yang diletakkan di dalam sebuah kereta Proton Wira yang diubahsuai,” katanya.

Menurut Mohd Taib, polis turut menemui sebuah kereta Perodua Kembara dengan nombor plat kenderaan itu merupakan nombor palsu dan kereta itu dipercayai kereta yang pernah dilaporkan hilang di Kempas, di sini,sebelum ini.

Polis percaya ketiga-tiga lelaki terbabit aktif mencuri diesel sejak tahun lepas dan kemudian menjualnya pada harga RM450 bagi setiap 400 liter diesel kepada seorang lelaki yang masih bebas, katanya.

Beliau berkata kesemua mereka kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

– BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2stni72

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.