Hi! Welcome Back and Stay Tune! HAD LAJU DITURUNKAN PADA MUSIM PERAYAAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HAD LAJU DITURUNKAN PADA MUSIM PERAYAAN

SEREMBAN – Kementerian Kerja Raya akan mewartakan penurunan had laju bagi Jalan Persekutuan kepada 80 kilometer sejam (km/j), manakala bagi Jalan Negeri  kepada 70 kilometer km/j berkuatkuasa 18 Jun hingga 2 Julai ini.

Sementara kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan bagi Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan lebuh raya juga akan dihentikan.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, langkah itu diambil bagi mengurangkan risiko dan jumlah kemalangan selain memastikan kelancaran trafik sepanjang musim perayaan ini.

“Bagaimanapun kerja-kerja kecemasan dan kritikal dikecualikan. Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga telah menubuhkan pasukan peronda bagi memantau kemalangan dan sebarang kerosakan jalan selain memastikan kerja-kerja kecemasan dilakukan segera.

“Jadi memandulah secara berhemah, patuhi undang-undang dan peraturan jalan raya. Ingatlah kita nak balik berhari raya, bukannya berduka dan bersedih kerana ada orang disayangi terlibat kemalangan” katanya ketika berucap merasmikan program ‘Coffee Break’ sempena Aidilfitri di Stesen Minyak Petronas Jalan Seremban-Kuala Pilah di sini.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, Ketua Setiausaha KKR, Datuk Sri Zohari Akob, Ketua Pengarah LLM, Datuk Ir Ismail Md Salleh dan Pengarah JKR negeri Datuk Abdul Karim Mohd Tahir.

– SH

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sYIjYj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.