Hi! Welcome Back and Stay Tune! UMNO DESAK GUAN ENG DIDESAK PERINCI BAYARAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UMNO DESAK GUAN ENG DIDESAK PERINCI BAYARAN

NIBONG TEBAL – Umno Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng memperincikan bayaran kepada pemegang konsesi untuk projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa empat kali ganda lebih mahal.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya juga ingin tahu mengapa bayaran oleh kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM177.5 juta itu dibuat lebih awal tanpa melihat kerja-kerja projek tersebut secara fizikal.

“Kita semua maklum di Pulau Pinang, kerajaan negeri dari semasa ke semasa memberitahu rakyat menjadi keutamaan dalam tindakan serta agenda kerajaan negeri, jadi Umno mewakili rakyat inginkan penjelasan daripada Lim berhubung pembayaran awal tersebut.

“Pihak kontraktor dan konsultan projek itu telah dibayar tetapi saya difahamkan (projek terowong dasar laut) ditangguhkan hingga tahun depan jadi apa kerja mereka buat dengan bayaran yang begitu banyak?” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kuih Raya kepada anggota polis, penjara, hospital dan PLUS yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan turut memberi masa seminggu kepada kerajaan Pulau Pinang untuk memberi penjelasan berhubung isu kadar yuran perunding bagi pembinaan tiga jalan di bawah projek terowong dasar laut di negeri itu.

Zainal Abidin berkata kerajaan negeri seharusnya menggunakan khidmat Jabatan Kerja Raya (JKR) yang mempunyai kepakaran dan gaya profesional tinggi serta kemahiran dan kepakaran untuk menasihati dalam kes-kes jalan raya ataupun terowong.

“Mengapa lantik konsultan sedangkan ada JKR untuk kerja-kerja awal. Jika tidak berpuas hati dengan kerja JKR, kerajaan negeri bolehlah lantik konsultan tambahan tetapi JKR langsung tidak dilantik atau dirujuk untuk menyumbang kepakaran bagi projek itu kepada kerajaan negeri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zainal Abidin yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang mahu kerajaan negeri menjalankan siasatan dalaman dan mengambil langkah sewajarnya berhubung dakwaan berlaku penyelewengan kuota perumahan bumiputera yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

“Kami mahu SPRM menyiasat perkara itu secara teliti dan meluas kerana isu perumahan adalah penting dan merupakan agenda utama kerajaan persekutuan untuk rakyat,” katanya.

Khamis lepas, SPRM menahan dua individu iaitu Pengarah Urusan sebuah syarikat pemaju perumahan dan Ketua Bahagian Jualan dan Pemasaran syarikat tersebut kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pemalsuan perjanjian jual beli (S&P) unit-unit sebuah projek kondominium di Pulau Pinang.

Pengarah SPRM Negeri, Datuk Aziz Aban dilaporkan berkata kedua-duanya dipercayai terlibat dalam kegiatan pemalsuan perjanjian S&P menggunakan 20 penama sebagai pembeli kuota bumiputera bagi pembelian unit-unit kondominium di Batu Feringghi.

– Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sYEPVB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.