Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jadilah Seorang Isteri Dengan 10 Sifat Ini Agar Rezeki Suami Terus Mengalir.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jadilah Seorang Isteri Dengan 10 Sifat Ini Agar Rezeki Suami Terus Mengalir..

Gambar Sekadar Hiasan
Perkahwinan merupakan sunnah Rasullulah. Selain menyempurnakan agama serta memburu keredaan dan pahala Allah, perkahwinan juga merupakan antara pembuka jalan untuk meraih rezeki.
Bukan sahaja rezeki diperoleh melalui kerja keras suami dalam mencari nafkah, perilaku seorang isteri juga terkesan agar rezeki suami terus mengalir dengan lebih mudah. 
1. Isteri yang tawakal kepada Allah
Jika seseorang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan rezekinya. Walaupun isteri tidak bekerja namun jika dia sentiasa bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupkan rezekinya dari sumber yang lain. Boleh jadi Allah mengurniakan rezeki yang banyak melalui suaminya lalu rezeki suami itu diberikan kepada isteri sebagai nafkah yang secukup buatnya.

“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.”(QS. Ath Thalaq: 3)
2. Isteri yang baik agamanya
Rasulullah SAW pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu akan bahagia.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Walau bagaiamanpun, aspek ketinggian agama merupakan unsur terpenting dalam menjadikan sesebuah rumah tangga lebih bahagia menuju ke syurga sekali gus menjadi sumber rezeki berharga buat suami.
3. Isteri yang taat kepada suami
Seorang isteri wajib mentaati suaminya selagi perintah suaminya tidak bertentangan dengan agama Islam. Ketaatan seorang isteri terhadap suami akan membuatkan suami lebih tenang sekali gus memberi semangat dalam melancarkan pekerjaan suami mencari nafkah halal untuk isteri dan keluarga.
“Jika aku boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada orang lain nescaya aku akan menyuruh seorang isteri untuk sujud kepada suaminya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah)
4. Isteri yang melayani suaminya dengan baik
Menjadi kewajipan isteri menjalankan tugas dengan melayani dan mempersiapkan keperluan suami sebaik-baiknya. Ini termasuklah menjaga perasaan suami agar suami tidak terluka dengan sikap isteri. Wanita yang memiliki ciri ini tentu sahaja disayangi suami, malah mampu menjadi peneman terbaik untuk mewujudkan rumah tangga yang sakinah. Ciri positif ini akan menarik sumber yang banyak kepada suami dan rumah tangga.

5. Isteri yang berhias hanya untuk suaminya
Wanita yang solehah akan berhias dan menampakkan perhiasannya hanya untuk suami tercinta.
“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.”(Hadis Riwayat Muslim)
6. Isteri yang sentiasa meminta reda suami ke atasnya
Berusahalah untuk menjaga sikap dan perilaku anda agar tidak melukakan hati serta perasaan suami. Isteri seperti ini merupakan isteri yang dipermudahkan rezekinya melalui tangan suami kerana amalan dan kesetiaannya terhadap suami.
7. Isteri yang selalu mendoakan suaminya
Sentiasalah mendoakan suami agar diberi limpahan rezeki yang baik dan halal. Pastinya doa yang baik itu akan dimakbulkan Allah.
Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku kabulkan.” (QS. Ghafir: 60)
8. Isteri yang suka bersedekah
Apabila seorang isteri memperbanyakan sedekah, ini bermakna isteri telah melipatgandakan rezeki suami. Dan jika nafkah isteri yang diberikan suami itu digunakan untuk bersedekah, kebaikan itu akan dibalas dengan kelancaran pekerjaan suami yang membawa kepada rezeki yang melimpah ruah.
“Perumpamaan orang yang menaf kahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 261)
9. Isteri yang mempunyai silaturahim yang baik
Seorang isteri yang menyatukan hubungan silaturahim yang baik dengan kedua orang tua, mertua, keluarga dan saudara mara, pada hakikatnya sedang membantu suaminya melancarkan rezeki. Ini kerana keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezeki dan dipanjangkan usia.

“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahim.” (Hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
10. Isteri yang sentiasa bersyukur
Sentiasalah bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kerana ia mampu mengundang nikmat tambahan untuk suami termasuklah sumber rezeki.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim: 7)


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rEjTlK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.