Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keluarga terkejut mangsa dera dituduh mencuri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keluarga terkejut mangsa dera dituduh mencuri

“Selalu saya baca berita anak orang didera tetapi kali ini anak saya, saya tidak boleh terima cara dia pergi,” luah ibu Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang meninggal dunia dipercayai didera rakan.

Hawa Osman, 54 berkata, dia berasa terkejut apabila mendapat tahu alasan anak sulungnya didera kerana dipercayai mencuri komputer riba sedangkan Zulfarhan memiliki komputer riba sendiri malah sebelum ini banyak barang miliknya turut hilang.

“Baru-baru ini telefon bimbit dia hilang ketika dia menjalani latihan berbasikal dan terpaksa menghubungi kami menggunakan telefon rakannya. Sebelum ini juga dia pernah kehilangan tab.

“Guru dan rakan-rakan sekolah juga tidak percaya dia dituduh mencuri, saya yakin dia tidak bersalah dan berharap siasatan menyeluruh dijalankan untuk membersihkan namanya.

“Saya redha dengan kematian Along tetapi terkilan dengan cara ‘pemergiannya’ kerana dia tersiksa, hampir keseluruhan badan dipenuhi kesan melecur dari seterika wap termasuk pada bahagian dada dan belakang badan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Hawa yang bekerja sebagai pembantu tadbir berkata, dia menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan berharap kematian Zulfarhan yang lebih selesa dipanggil Along, akan terbela.

Kelmarin, Zulfarhan yang merupakan pelajar tahun tiga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dilaporkan meninggal dunia di Hospital Serdang dipercayai akibat didera oleh rakannya menggunakan seterika wap.

Susulan kejadian itu, 32 pelajar UPNM dan empat pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) berusia antara 20 dan 21 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

The post Keluarga terkejut mangsa dera dituduh mencuri appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qNXByJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.