Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Ini Berjalan Kaki Dari Indonesia Untuk Ke Makkah, Sekarang Beliau Sudah Sampai Di Dubai.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Ini Berjalan Kaki Dari Indonesia Untuk Ke Makkah, Sekarang Beliau Sudah Sampai Di Dubai..

EMERIAH ARAB BERSATU - DUBAI. Kisah mengenai seorang lelaki yang berjalan kaki dari Indonesia ke Makkah kerana mahu menunaikan ibadah haji tular di laman sosial.
Menurut laporan Malaysian Digest, Mochammad Khamim Setiawan, 29, yang berasal dari Desa Rowokembu di Pekalongan Jawa Tengah memulakan pengembaraannya pada 28 Ogos tahun lepas.

Selain mahu menunaikah haji, Mochammad Khamim mendakwa pengembaraannya bertujuan 'mempelajari Islam dari cendiakawan-cendiakawan Muslim dan berkenalan dengan mereka yang berlatar belakangkan budaya yang berbeza'.
Mochammad Kamim sebelum ini tinggal bersama ayahnya, Syaufani Solichin, 74, selepas ibunya meninggal dunia 10 tahun lalu.
Kata Syaufani, Mochammad Khamim kini berada di Dubai selepas mengharungi perlbagai rintangan.
Beliau juga mengatakan Mochammad Khamim sering bercerita mengenai orang tempatan yang ditemuinya dan akan menyambung perjalanan ke Makkah.

"Anak saya sangat kuat dan bersemangat. Kalau ada sesuatu yang dia mahu, dia akan dapatkannya," kata Syaufani.
Syaufani juga mengaku Mochammad Khamim tidak meminta sebarang bantuan kewangan dari beliau.
"Khamim pernah hampir dirompak sebelum meninggalkan Indonesia. Kemudian di Thailand.
"Di India pula orang tempatan memberikan arah yang salah kepadanya dan ia memperlahankan perjalanan anak saya," jelas Syaufani.
Syaufani memberitahu beliau tidak yakin bahawa anaknya akan tiba di Makkah, tetapi ketibaan Khamim di Dubai menyangkal sangkaan beliau.
Antara negara yang telah direntas Khamim dengan berjalan kaki adalah Malaysia, Thailand, Myanmar, India, Oman dan Emeriah Arab Bersatu.
-Pen Merah Press


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rEE5nn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.