Les Bleus mengganas
Rennes, Perancis: Jaringan hatrik Olivier Giroud membantu Perancis membelasah Paraguay 5-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Rennes semalam.
Penyerang Arsenal itu menjadi pemain Perancis pertama meledak hatrik selepas David Trezeguet melakukannya pada 2000.
Dia membuka jaringan buat pasukan kendalian Didier Deschamps pada minit keenam, menggandakan jaringannya pada minit ke-13 dan menyempurnakan hatrik yang juga jaringan antarabangsanya ke-16 pada minit ke-69.
Pesta gol itu kemudiannya disempurnakan pemain Tottenham Moussa Sissoko dan bintang Atletico Madrid Antoine Griezmann untuk memberikan suntikan keyakinan buat Perancis menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Sweden, 9 Jun ini.
Pada saingan Kumpulan A, Perancis yang menjadi finalis Euro 2016 mendahului Sweden dengan tiga mata.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rRavMi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment