Hi! Welcome Back and Stay Tune! - 12:52 PM - Tuesday, January 14, 2025 Bekalan bahan mentah akan diimport jika tidak cukup - Tajuddin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekalan bahan mentah akan diimport jika tidak cukup - Tajuddin

BATU KAWAN: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengimport bekalan bahan mentah sekiranya berlaku kekurangan bagi menampung permintaan dan keperluan pada Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata bagaimanapun setakat ini berdasarkan pemantauan pihaknya mendapati bekalan bahan mentah di pasaran seperti daging lembu dan ayam serta sayur-sayuran masih mencukupi.

Mengulas mengenai kenaikan harga bahan mentah terutama ayam dan sayur-sayuran, Tajuddin berkata perkara itu berlaku berdasarkan faktor perniagaan seperti kos pengeluaran serta penambahan kos oleh pengusaha tani.

"Kerajaan juga tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barang seperti dituduh beberapa pihak terutama pembangkang sebaliknya kenaikan itu adalah disebabkan faktor perniagaan yang menyebabkan penambahan kos," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan barang makanan kepada 200 ibu tunggal dan golongan kurang berkemampuan di Parlimen Batu Kawan, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementeriannya akan berbincang dengan Pelabuhan Pulau Pinang untuk membenarkan FAMA membawa masuk kelapa dari Indonesia melalui pelabuhan itu.

Ini bertujuan memudahkan pengedaran kelapa di kawasan utara dan menurunkan harga bahan itu.

Dilaporkan kelapa selama ini dibawa masuk melalui Pelabuhan Batu Pahat dan ia menyebabkan kos logistik dan upah meningkat untuk pengedaran bahan itu kawasan utara.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ryVPP5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.