Hi! Welcome Back and Stay Tune! - 9:23 PM - Wednesday, January 15, 2025 Anggota sindiket pengedar dadah buang ganja bernilai RM1.8 juta ke dalam laut kerana terkejut dengan pemancing - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anggota sindiket pengedar dadah buang ganja bernilai RM1.8 juta ke dalam laut kerana terkejut dengan pemancing

TIGA lelaki dipercayai anggota sindiket pengedar dadah antarabangsa membuang 629 ketul ganja mampat bernilai hampir RM1.8 juta ke dalam laut selepas terkejut dengan kehadiran sekumpulan pemancing tempatan di perairan Pulau Cupu, Langkawi, dekat sini, semalam.

Anggota sindiket pengedar dadah buang ganja bernilai RM1.8 juta ke dalam laut kerana terkejut dengan pemancing

Anggota sindiket pengedar dadah buang ganja bernilai RM1.8 juta ke dalam laut kerana terkejut dengan pemancing

Sepasukan anggota Anggota Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang sedang melaksanakan Ops Satria menemui semula dadah terbabit yang terapung kira-kira 6.5 batu nautika di Barat Daya Pulau Cepu, di sini.

Ketua Pengarah Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd Omar, berkata ketulan ganja mampat seberat 629 kilogram yang diikat berbentuk kotak dan dibalut kemas dengan plastik hitam itu ditemui terapung kira-kira jam 9.20 pagi.

“Terdahulu, tiga penjenayah yang menaiki bot nelayan kelas B tanpa nombor pendaftaran dilaporkan mencampak bungkusan plastik hitam ke dalam laut selepas terserempak dengan sekumpulan pemancing.

“Berdasarkan maklumat awam itu, sepasukan anggota APMM menaiki bot Petir 81 dihantar ke lokasi untuk menyiasat dan menemui bungkusan mengandungi ketulan mampat daun kering yang disyaki ganja,” katanya pada sidang media di sini, hari ini

Katanya, rampasan ganja itu adalah yang terbesar bagi APMM Wilayah Utara sejak dua tahun lalu dan dipercayai cuba diseludup dari negara jiran untuk untuk pasaran di negara ini.

“Bagaimanapun, motif penjenayah mencampak bungkusan ganja ke laut masih disiasat dan tiada tangkapan dibuat kerana penjenayah sudah melarikan diri sebelum ketibaan anggota APMM,” katanya.

Sumber: Metro

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qPPVvU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.