Pegawai kadet laut mati dibunuh selepas didera rakan dengan seterika wap, 30 ditahan
Pegawai Kadet Laut dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ditemui mati dibunuh pada pagi Jumaat.
Mangsa Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia petang Khamis selepas dipercayai didera rakan dengan seterika wap.
Difahamkan mangsa ditemui dengan kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kakinya.
Kematian mangsa disahkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi Twitternya.
“Innalillah…sedih dan pilu dengar berita kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain. Al Fatihah.
“Saya mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan UPNM untuk menjalankan siasatan segera. Tiada siapa yang akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah,” katanya.
Sementara itu, polis menahan 30 individu di UPNM di Sungai Besi bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata ketika dihubungi bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen.
Sumber: MStar
Sumber Pegawai kadet laut mati dibunuh selepas didera rakan dengan seterika wap, 30 ditahan
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rNdRjB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment