Hi! Welcome Back and Stay Tune! FAM Arah Kafa Selesaikan Tunggakan Gaji Pemain, Jurulatih - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

FAM Arah Kafa Selesaikan Tunggakan Gaji Pemain, Jurulatih

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan agar Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) menyelesaikan isu tunggakan gaji tiga pemain dan ketua jurulatih Kelantan dalam tempoh 14 hari keputusan itu dibuat.

FAM mengeluarkan arahan itu melalui keputusan penuh Jawatankuasa Status FAM  pada petang Jumaat.

Kafa diarahkan untuk membayar kepada tiga pemain iaitu Mohd Khairul Izuan Rosli,  Mohammad Faizal Abu Bakar dan Tuan Muhamad Faim Tuan Zainal Abidin dengan jumlah tunggakan masing-masing bernilai RM77,486.87; RM44,000 dan RM9,000; manakala jumlah tunggakan gaji bagi ketua jurulatih Kelantan, Velizar Emilov Popov pula sebanyak AS$14,000 (RM59,946).

Dalam perkembangan lain, FAM turut mengarahkan Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) untuk membayar tuntutan  dua pemain berhubung isu penamatan kontrak sebelah pihak.

Tuntutan tersebut dikemukakan oleh Mohamad Amirul Asraf Mohd Noor dan Muhammad Hafizuddin Harun.

PKNP FC dikehendaki membayar pampasan gaji kepada Mohamad Amirul Asraf sebanyak RM72,000 dan  Muhammad Hafizuddin pula sebanyak RM60,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan tersebut.

Sementara itu, FAM menetapkan tuntutan sama yang dikemukakan oleh pemain, Mohd Afiq Amsyar A. Salamat terhadap PKNP FC pula ditolak.
Sumber: MStar



Sumber FAM Arah Kafa Selesaikan Tunggakan Gaji Pemain, Jurulatih

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qJE7eN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.