Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Semuanya berlaku sekelip mata’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Semuanya berlaku sekelip mata’

 “Semuanya berlaku  sekelip mata, saya tak dapat ingat apa-apa. Sedar- sedar saya sudah berada di dalam wad,” cerita pemandu van yang membawa 12 pelajar tahfiz CT-One Islamic Centre, Tualang, Kuala Krai, Muhammad Hamzi Mohamad Husham, 24.

Muhammad Hamzi yang juga tenaga pengajar di pusat pengajian itu berkata, sebelum kejadian semuanya berjalan dengan baik malah jumlah kenderaan ketika itu juga tidak banyak.

Katanya, dia tidak dapat mengingati apa-apa ketika kejadian termasuk dakwaan bunyi letupan seperti tayar pecah.

“Semuanya  (berlaku) terlalu pantas dan saya tidak ingat apa-apa ketika kejadian,” katanya yang berada di Wad Lelaki Hospital Machang di sini, hari ini.

Kelmarin, van yang dipandu Muhammad Hamzi  yang dalam perjalanan ke program Daurah Madinah Ramadan di Stadium Sultan Muhammad IV terbabas sebelum merempuh bahagian hadapan sebuah rumah di Kampung Telekong, Kuala Krai kira-kira jam 9.30 pagi.

Akibat kemalangan itu, tujuh pelajar pelajar tahfiz CT-One Islamic Centre, Tualang maut termasuk lima di tempat kejadian.

The post ‘Semuanya berlaku sekelip mata’ appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rokNlM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.