Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tujuh Pelajar Tahfiz Maut Van Terbabas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tujuh Pelajar Tahfiz Maut Van Terbabas

Seorang lagi pelajar tahfiz meninggal dunia, menjadikan tujuh maut dalam kemalangan van di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai – Kota Bharu di Kuala Krai, Kelantan, Jumaat.

Van yang dinaiki 14 pelajar tahfiz itu terbabas ke dalam parit sebelum merempuh sebuah rumah penduduk.

Dalam kejadian pukul 9.45 pagi Jumaat itu, seramai lima mangsa tersepit di dalam van tersebut manakala sembilan lagi berjaya dikeluarkan orang awam.

Difahamkan mangsa berusia 15 hingga 17 tahun itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Orang ramai membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Nazili Mahmood berkata kesemua mangsa lelaki itu dari Pusat Tahfiz Al-Hashimi Kampung Tualang.

“Mereka dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Kota Bharu. Identiti semua mangsa sedang dikenal pasti,” katanya.

Beliau berkata jenazah mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera parah dihantar ke hospital sama untuk rawatan.
Sumber: MStar



Sumber Tujuh Pelajar Tahfiz Maut Van Terbabas

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rsUA3X

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.