Hi! Welcome Back and Stay Tune! Yakin dan Tawakkal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Yakin dan Tawakkal

Yakin dan Tawakkal

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Admin dan pembaca setia IIUMC. Aku memperkenalkan diri aku sebagai Annursi, masih belajar di sebuah universiti swasta dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. Kisah yang aku kongsikan adalah berkenaan tawakkal yang pernah berlaku dalam hidup aku sebagai seorang pelajar.

Aku hanya seorang pelajar biasa-biasa. Hendak kata pandai sangat pun tidak, teruk pun tidak. Ringkasnya, keputusan aku tidaklah pernah cemerlang sehingga dapat dekan tetapi tidaklah pernah gagal dalam mana-mana matapelajaran.

Sebagai bakal Jurutera Elektrik pada masa akan datang, Insya-Allah, bidang ini agak luas untuk dikuasai sepenuhnya dan memerlukan pengalaman yang sangat banyak. Bahkan, apa-apa yang aku belajar selama empat tahun di universiti masih belum mencakupi kesemua kategori kejuruteraan elektrik.

Baiklah. Apa yang ingin aku kongsikan adalah berkenaan susah payah aku semasa menyiapkan tugasan (assignment) yang diberi oleh pensyarah. Tugasan itu berkaitan bagaimana dua jenis sumber tenaga yang digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik diseimbangkan lalu diagihkan kepada pengguna.

Mula-mula aku baca soalan tugasan dan objektif tugasan itu, aku kaku sekejap. Satu apa aku tidak faham. Berkali-kali aku baca tetapi masih tidak faham. Nasib baiklah pensyarah ada bagi sedikit penerangan bagaimana tugasan ini perlu disempurnakan. Itupun disebabkan pensyarah sendiri akui bahawa tugasan ini adalah tugasan yang susah. Masa yang diberi untuk menyiapkan tugasan ini hanyalah tiga minggu. Aku dan rakan sekelas terbuntang mata, terlopong mulut apabila masa yang diberi tersangatlah singkat. Namun, apakan daya, itulah cabaran yang perlu dilalui sebagai seorang pelajar dan bakal jurutera.

Aku mulakan tugasan dengan melakukan banyak kajian. Setiap kajian yang aku lakukan aku akan rujuk kepada pensyarah bagi meminta nasihat. Alhamdulillah, pensyarah aku banyak sangat membimbing dan memberi nasihat. Namun begitu, banyak juga perkara yang masih aku ragu-ragu, tetapi tidak berkesempatan berjumpa dengan pensyarah.

Yang membuatkan aku bertambah ragu-ragu apabila apa yang aku buat berbeza dengan rakan-rakan sekelas yang lain. Metode kajian dan pendekatan aku dan mereka berbeza. Sebab itu aku tertanya-tanya sendiri, Betulkah apa yang aku buat ini? Oh ya, sepanjang dua minggu pertama itu, aku tidak berbincang pun dengan rakan-rakan cara hendak siapkan tugasan ini. Mereka mungkin ada sesama mereka tetapi aku tidak. Sebab itu, apabila dapat tahu pendekatan aku dengan mereka berbeza, aku menjadi semakin ragu. Namun, masa semakin suntuk aku berubah mengikut cara mereka.

Lagi satu masalah yang aku hadapi adalah aku tidak beberapa mahir menggunakan software. Oh ya, tugasan ini perlu menggunakan software sebagai simulasi kepada stesen janakuasa elektrik. Beberapa hari sebelum tarikh kena hantar, aku masih belum siapkan kertas kerja dan simulasi. Ketika ini, aku memang banyak sangat istighfar dan berdoa dalam sujud dan selepas solat. Aku juga sering berdoa setiap kali selepas solat Dhuha. Aku tidaklah selalu solat Dhuha, hanya sekali-sekala jika berkesempatan.

Akhirnya, aku dapat juga idea bagaimana hendak siapkan simulasi. Lagi, simulasi aku sangat berbeza dengan rakan-rakan sekelas, menyebabkan aku kembali ragu-ragu. Apakan daya nak ubah semula rasa terlambat. Kali ini aku pasrah sahaja. Perkara terakhir yang aku belum siap adalah tempoh bayaran balik bagi kedua-dua stesen janakuasa elektrik. Aku buat silap di bahagian ini. Perkiraan aku salah sehinggakan kiraan tempoh bayaran balik hanya dua bulan. Tidak logik langsung dua stesen janakuasa yang kosnya berbillion dapat dibayar dalam tempoh dua bulan.

Hari terakhir iaitu hari aku perlu hantar tugasan ini. Aku pasrah. Dalam hati memang aku berdoa banyak-banyak kerana aku sudah cuba sedaya upaya aku. Tidur malam dan makan minum aku korban semata-mata hendak menyiapkan tugasan ini. Terpulanglah apa hendak jadi. Aku redha. Oh ya, cubaan aku untuk berkenalan dengan seorang perempuan tidak menjadi pada pagi hari yang aku perlu hantar tugasan. Hal itu, berlaku di tempat teksi di LRT Universiti. Aku tidak sempat bercakap dengan kerana dia tergesa-gesa hendak ke kelas. Jadi mood pasrah aku bertukar kepada kecewa pada pagi itu.

Sebulan setengah kemudian, aku perlu membentangkan hasil kerja aku di hadapan pensyarah. Hasil pembentangan itu membuat aku terkejut! Aku dipuji oleh pensyarah mengenai pendekatan aku dalam menyiapkan tugasan dan hasil simulasi aku. Aku mendapat keputusan cemerlang dalam tugasan dan hanya aku sorang sahaja yang mendapat keputusan sebegitu. Sungguh! Aku terkejut dan masih tidak percaya. Dalam masa yang sama aku bersyukur sangat, apa yang aku sangka kemungkinan aku hanya dapat keputusan biasa-biasa sebenarnya adalah luar biasa, luar jangkaan!

Apa yang aku dapat simpulkan adalah usahalah semampu mungkin dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan jangan lupa sesekali berdoa dan berserah kepada Allah dalam memberi hasilnya. Sama ada hasil pekerjaan itu seperti kita harapkan, jangan lupa bersyukur dan kuatkan pergantungan kepada Allah. Andai hasil itu tidak seperti kita harapkan, tetap yakin bahawa itu yang terbaik. Jangan putus asa dan jangan takut gagal walaupun berkali-kali.

Kata Hamka, Takut gagal adalah gagal sejati, takut mati adalah mati sebelum mati.

Itu sahaja daripada saya. Maaf jika kisah tidak menarik atau terlalu panjang. Sekian.

Annursi

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sCmrOE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.