Hi! Welcome Back and Stay Tune! 13,272 kes rogol kanak-kanak dilaporkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

13,272 kes rogol kanak-kanak dilaporkan


KUALA LUMPUR: Kesalahan rogol adalah kategori paling tinggi bagi kes penderaan seksual kanak-kanak bagi tempoh tahun 2010 hingga Mei lalu, diikuti cabul, sumbang mahram dan luar tabii.

Mengikut perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 13,272 kes rogol atau 59.7 peratus direkodkan bagi tempoh berkenaan, manakala cabul (6,014 kes atau 27.04 peratus), sumbang mahram (1,766 kes atau 8.07 peratus) dan luar tabii (1,152 kes atau 5.18 peratus).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata dalam tempoh sama, Johor menjadi negeri paling tinggi mencatatkan kes rogol iaitu 2,089 kes atau 15.73 peratus.

Beliau berkata, Sabah pula menjadi negeri tertinggi merekodkan kes sumbang mahram iaitu 263 kes atau 14.64 peratus, manakala Selangor menjadi negeri tertinggi bagi kes luar tabii dan cabul, masing-masing 235 kes atau 20.39 peratus dan 1,052 kes atau 17.4 peratus.

Katanya, perangkaan PDRM turut merekodkan 2,244 kes penderaan fizikal di mana kebanyakan pelaku kes berkenaan adalah lelaki.

"Bagi menangani kes penderaan seksual kanak-kanak, kementerian dan agensi berkaitan melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk pindaan terhadap Akta Kanak-Kanak dan penggubalan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

"Langkah lain antaranya mengadakan program advokasi, kursus pra perkahwinan, kursus ilmu keluarga selain mewujudkan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak dan khidmat kaunseling," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) yang ingin mengetahui statistik mengenai kes penderaan kanak-kanak (seksual dan bukan seksual), mengikut negeri, jantina mangsa, jantina pemangsa, hubungan antara pemangsa dengan mangsa dari 2010 hingga 2016, serta bilangan pertuduhan dan sabitan dibuat.-BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tEIOnt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.