3 Anak Baru Lahir Dibunuh Disimpan Di Peti Sejuk
PARIS – Seorang ibu lingkungan usia 50-an mengaku bersalah membunuh tiga orang anaknya ketika lahir, dua hari selepas mayat mereka ditemui pihak berkuasa dalam sebuah peti sejuk.
Pendakwa raya Perancis, Laureline Peyrefitte mengesahkan wanita itu mendakwa mengaku sebagai ibu kandung kepada ketiga-tiga bayi malang tesebut.
Menurut sumber, wanita itu menekap muka mangsa dengan kusyen sebelum membalut menggunakan plastik kemudian meletakkan di dalam peti sejuk.
“Siasatan awal pakar forensik mengesahkan semua bayi masih hidup ketika dilahirkan.
“Kami masih menungu keputusan bedah siasat ke atas tiga bayi itu dan pemeriksaan perubatan lain,” kata pendakwa raya dipetik laman BH Online.
Berdasarkan keterangan, wanita tersebut melahirkan anak secara seorang diri di kediaman miliknya di barat bandar Lorient pada 1998, 1999 dan 2003.
Peyrefitte berkata setiap kali selepas bersalin, wanita itu akan menekap anaknya dengan kusyen, membalut dengan plastik kemudian memasukkan ke dalam peti sejuk.
” Setiap kali selepas bersalin, beliau menekap bayinya dengan kusyen sebelum meletakkan mayat ke dalam beg plastik dan menyimpannya di dalam peti sejuk,” kata Peyrefitte.
Wanita tersebut telah didakwa atas tuduhan membunuh. Sekiranya didapati bersalah, ibu kepada tiga orang anak itu akan dikenakan hukuman penjara menurut undang-undang Perancis.
Sementara itu, sumber menyatakan siasatan polis mendapati baawa bapa kepada ketiga-tiga bayi malang tersebut adalah rakan sekerja kepada wanita terbabit. – Agensi
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tSCNUT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment