Hi! Welcome Back and Stay Tune! AJK Umno Mersing meninggal, tercekik kuih koci - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AJK Umno Mersing meninggal, tercekik kuih koci

Seorang anggota jawatankuasa Umno bahagian Mersing meninggal dunia akibat tercekik kuih koci, sejurus selepas menziarahi jenazah bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Mohd Ali Hassan di Taman Nong Chik, di Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata kejadian berlaku pada jam 10.30 pagi ketika Mohd Samsi Sapan, 56, sedang makan bersama tiga rakannya di sebuah kedai di Jalan Nong Chik.

“Mohd Samsi tercekik semasa makan kuih itu dan tidak dapat bernafas.

“Beliau dibawa oleh rakannya ke klinik berdekatan dan kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah, sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya menerusi kenyataan.

Shahurinain berkata pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah atau khianat dalam kematian Mohd Samsi yang berasal dari Kulai.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya.

– Bernama

 

Sumber: MK



Sumber AJK Umno Mersing meninggal, tercekik kuih koci

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tR9Ome

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.