Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mangsa Kes Pajak Kereta Tipu Pula Ditahan Polis – PPIM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mangsa Kes Pajak Kereta Tipu Pula Ditahan Polis – PPIM

PANAS… Isu serbuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ke atas sebuah gudang kereta ‘haram’ di Kajang, Selangor yang didakwa menipu ramai pelanggan baru-baru ini terus ‘hangat’.

Setelah dikejutkan dengan laporan gudang milik AGR Auto Sdn. Bhd. itu menceroboh tanah ramai pemilik dan isu syarikat pajakan kereta tersebut ‘menyimpan’ kenderaan tanpa prosedur sah, kali ini mangsa pula ditahan polis.

Tindakan itu dipercayai susulan laporan aduan yang dibuat syarikat berkenaan selepas gudang mereka diceroboh PPIM pada Isnin lalu dan menyaksikan pihak polis ‘cekap’ membuka kertas siasatan kes baharu begitu pantas.

Perkara itu didedahkan Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi menerusi akaun Facebook rasminya pada Jumaat dan turut memaparkan rakaman eksklusif temubual dengan isteri mangsa yang berjaya ditahan polis.

Beliau menulis kapsyen: ‘Rentetan kes penipuan syarikat pajakan kenderaan AGR AUTO SDN BHD, salah seorang mangsa penipuan syarikat itu ditahan. Membantu siasatan atas tuduhan ugut salah seorang pengikut Dato Kabi.’

Video berdurasi 1 minit 44 saat dirakamkan di pejabat PPIM di ibu negara itu ternyata membangkitkan rasa marah ramai netizen apabila disaksikan lebih 50,000 kali tidak sampai sejam dimuat naik dan menerima banyak komen.

Ia malah turut mendapat lebih 3,000 tanda sokongan selain dikongsi hampir 700 kali oleh pengguna media sosial tempatan sekali gus membayangkan ada yang tidak kena dalam isu tindakan pihak polis terhadap mangsa kes itu.

Berdasarkan rakaman tersebut, si pengadu iaitu isteri mangsa mendakwa suaminya dibawa dua orang anggota dari Balai Polis Serdang kira-kira jam 3 pagi untuk disoal siasat dan wanita berkenaan juga tidak tahu apa puncanya.

Namun berdasarkan perbualan terakhir dengan suaminya menerusi aplikasi Whatsapp sebelum dimatikan, lelaki itu direman konon untuk membantu siasatan kes pencerobohan terhadap gudang syarikat pajakan kereta berkenaan.

“Saya tidak dibenarkan masuk ke balai untuk bertemu dia, saya tidak tahu berapa lama ditahan reman, mungkin ramai akan ditahan selepas ini,” luahnya wanita yang mempunyai dua anak kecil itu dalam nada cukup sebak.

Yusuf dalam reaksi spontannya susulan penahanan mangsa berkenaan bagaimanapun meminta pengguna yang ditindas syarikat tersebut untuk tidak gentar hanya kerana individu itu konon mempunyai pengaruh hebat.

Setakat ini, pihak polis belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kes penahanan mangsa tetapi isu terbaharu itu mungkin menjejaskan imej pihak berkuasa jika terus berlarutan. – Mynewshub.cc/HAA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tT4SeO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.