Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peniaga tuduh tak jujur, pelanggan mahu ambil tindakan terhadap pemilik Bihun Sup Berapi kerana memfitnah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peniaga tuduh tak jujur, pelanggan mahu ambil tindakan terhadap pemilik Bihun Sup Berapi kerana memfitnah

 Lelaki yang tular apabila mendakwa dikenakan bayaran mahal untuk sepinggan bihun sup Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini akan mengambil tindakan undang-undang ke atas peniaga terbabit.

Menurut individu itu, Aswan Wanchik, tindakan tersebut diambil bagi membersihkan namanya yang didakwa  berniat tidak jujur dan cuba menganiaya peniaga berkenaan.

“Apa yang dinyatakan di media adalah tuduhan tidak berasas dan fitnah semata-mata.

“Mereka mendakwa saya makan bersama tiga orang anak, tetapi kami hanya makan berdua (dengan isteri),” katanya kepada mStar pada Jumaat.

 

Tambah Aswan, penggunaan gambar dan namanya di akhbar berkenan secara jelas menjatuhkan maruah dan mengaibkan dirinya kerana dianggap sengaja ingin menjatuhkan imej kedai tersebut.

Lelaki itu turut memaklumkan, pihaknya akan membuat aduan secara rasmi di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pulau Pinang pada pukul 3 petang Jumaat.

Dakwa lelaki itu, peniaga sengaja ingin memperdaya pelanggan walaupun harga makanan sudah ditanya terlebih dahulu, namun mereka mengelak untuk memberitahu harga sebenar.

“Bihun sup yang dihantar hanya bihun sup biasa dan bukannya bihun sup daging atau tulang seperti yang didakwa.

“Peniaga gagal mempamerkan tanda harga makanan dan mengemukakan resit selepas diminta,” dakwanya.

mStar Online pada Rabu melaporkan, sebuah gerai mengenakan bayaran sebanyak RM32 untuk bihun sup dan minuman  kepada pelangannya sehingga tular di laman sosial.

Aswan menerusi posting di Facebook pada Isnin lalu mendakwa kedai tersebut gagal memberitahu harga sebenar hidangan sebelum tempahan dibuat.

Sumber: Mstar



Sumber Peniaga tuduh tak jujur, pelanggan mahu ambil tindakan terhadap pemilik Bihun Sup Berapi kerana memfitnah

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uZ4gV8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.