Hi! Welcome Back and Stay Tune! Serpihan Di Seychelles Bukan Milik MH370 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Serpihan Di Seychelles Bukan Milik MH370


PUTRAJAYA: Serpihan yang disyaki milik pesawat Malaysia Airlines MH370 yang ditemui di Seychelles beberapa hari lalu bukan daripada pesawat berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, berkata perkara itu disahkan Pasukan Penyiasat MH370 selepas menjalankan penilaian ke atas foto serpihan berkenaan.

"Kami menghubungi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Seychelles (SCAAA) untuk mendapatkan maklumat terperinci. Pihak SCAAA kemudian berkongsi maklumat dan foto serpihan itu.

"Pasukan Penyiasat MH370 menjalankan penilaian ke atas foto serpihan dan mengesahkan bahawa serpihan itu bukan dari Boeing 777 atau enjin Rolls Royce (yang dimiliki MH370)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hari ini, agensi berita melaporkan pihak berkuasa Seychelles memaklumkan penemuan dua serpihan disyaki milik MH370 yang hilang pada 2014 bersama 239 penumpang dan anak kapal. SCAA berkata, serpihan itu ditemui terdampar di Farqhar oleh saintis yang menjalankan penyelidikan mengenai burung dan penyu.

Farqhar adalah antara pulau yang membentuk negara tropika di Lautan Hindi.

Azharuddin turut mengucapkan terima kasih kepada SCAA atas kerjasama yang diberikan. - Berita Harian Online


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uqNCkj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.